Terbaru

Canaan FC – Sasaran Baharu untuk MPFL 2025

Pasukan Canaan bakal mendaftarkan seramai 22 pemain untuk menghadapi saingan Liga Premier Futsal Malaysia (MPFL) musim 2025. Menariknya, separuh daripada skuad ini terdiri daripada muka baharu, manakala selebihnya merupakan pemain yang dikekalkan daripada musim lalu.

Dari segi kejurulatihan, pihak pengurusan yang diketuai oleh En. Joshua mengambil keputusan untuk mengekalkan barisan kejurulatihan sedia ada, yang terus dikemudi oleh Coach Kelvin Samuel. Keputusan ini mencerminkan keyakinan terhadap hala tuju dan falsafah permainan pasukan.

Antara pemain yang dijangka mencuri tumpuan musim ini termasuk Shasitharan, Aizat Zafran, dan Ryan Quah, yang masing-masing bakal memainkan peranan penting dalam memperkuatkan pasukan di atas gelanggang.

Bagi musim 2025, Canaan menetapkan sasaran untuk meningkatkan prestasi berbanding musim lalu serta memberikan saingan kompetitif dalam setiap perlawanan liga. Pasukan ini juga mendapat suntikan semangat melalui sokongan daripada penaja-penaja rasmi mereka: Ipoh Kopitiam, Vastiq Solutions, Jovitech, dan APT Mobile Satcom.

Dengan gabungan pemain berpengalaman dan bakat baharu, serta kestabilan dalam barisan kejurulatihan, Canaan dijangka menjadi antara pasukan yang perlu diberi perhatian dalam kempen MPFL 2025.