SOP Terkini Untuk Aktiviti Sukan Dan Rekreasi Sewaktu PKPB

Setelah diumumkan PKPB bagi negeri-negeri selain daripada Pahang, Kelantan dan Perlis, ramai bertanya-tanya apakah SOP terbaru bagi sukan dan rekreasi. Jadi ingat kepada semua. SOP adalah sesuatu yang WAJIB kita patuhi bagi mengekang Covid19

Aktiviti sukan yang tidak bersentuhan fizikal (indoor dan outdoor) dan dijalankan secara individu atau tidak melebihi 10 orang dalam setiap aktiviti seperti berjogging, berbasikal hiking dan lain-lain.

Aktiviti di padang bola sepak, gelanggang futsal dan dewan badminton yang mempunyai premis di benarkan beroperasi bermula 6.00 pagi hingga 10.00 malam dengan mematuhi SOP yang telah di tetapkan.

Kebenaran beroperasi dan menggunakan fasiliti padang dan futsal untuk orang awam adalah terhad bagi aktiviti latihan sahaja yang mana tidak melibatkan sentuhan fizikal dan maksimum 10 orang sahaja dalam satu masa. Sekiranya terdapat ramai peserta pengusaha dan operator perlu meghadkan jumlah tidak melebihi 10 orang seperti yang telah di tetapkan oleh MKN.

View this post on Instagram

SOP PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN BERSYARAT (PKPB) BAGI SEMENANJUNG MALAYSIA KECUALI KELANTAN, PAHANG & PERLIS SOP BAGI AKTIVITI SUKAN DAN REKREASI 1. Aktiviti sukan dan rekreasi yang tidak bersentuhan fizikal (indoor dan outdoor) dan dijalankan secara individu tidak melebihi 10 orang seperti berjalan, jogging, berbasikal, senam robik kendiri, hiking, memancing dan lain-lain di dalam kawasan PKPB sahaja adalah DIBENARKAN dengan mematuhi SOP Sektor Sukan & Rekreasi. 2. Aktiviti di padang bola sepak komersial, gymnasium, gelanggang futsal dan dewan badminton komersial yang mempunyai premis DIBENARKAN beroperasi bermula 6.00 pagi hingga 10.00 malam dengan mematuhi SOP Sektor Sukan & Rekreasi. 3. Kebenaran beroperasi dan menggunakan fasiliti padang komersial dan futsal oleh orang awam adalah TERHAD bagi aktiviti latihan yang tidak melibatkan sentuhan fizikal dan maksimum 10 orang sahaja. Setiap pengusaha dan operator sukan perlu menjadualkan pelaksanaan latihan sekiranya terdapat ramai peserta dengan menghadkan jumlah tidak melebihi 10 orang pada satu-satu masa Sumber : https://www.facebook.com/MajlisKeselamatanNegara/posts/2908495919253295 #TanyaSITI #MyGCC #MAMPU #JPM

A post shared by MyGCCMalaysia (@mygccmalaysia) on

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back To Top