Thailand, Indonesia Jalan Dulu. Malaysia Kena Tunggu Lagi?

Trending Hari Ini

Share on:
Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Sekali lagi kita terpaksa akur dengan negara jiran dan terus ketinggalan dengan Thailand serta Indonesia selepas mereka bakal kembali di atas gelanggang untuk memulakan liga futsal masing-masing.

Liga futsal Thailand akan bermula esok 9 Oktober sehingga akhir Januari 2022 dengan 14 pasukan bakal berentap musim 2021/2022 ini. Berikutan keadaan semasa liga ini bakal berlangsung di satu venue sahaja Stadium Tertutup Huamark dan semua akan mengikut SOP yang ketat sepanjang liga ini berlangsung. Seperti kita tahu ini bukan satu masalah untuk penganjur FA Thailand kerana mereka sudah ada pengalaman dengan menganjurkan kejohaan AFF Futsal Cup baru-baru ini yang turut disertai pasukan Selangor MAC dan Pahang Rangers.

Bagi Indonesia pula, 12 pasukan bakal bertanding di Pro Futsal League 2021 dan liga mereka ini dijadualkan akan bermula pada 22 November depan. Sudah pasti dengan keadaan COVID 19 mereka turut akan mengikuti SOP kejohanan yang sangat ketat supaya semua berjalan lancar. Sama seperti Thailand mereka juga ada berjaya menamatkan kejohanan Futsal PON 2021 baru-baru ini. Sebuah kejohanan antara daerah/negeri sama konsep seperti Sukan Malaysia (SUKMA). Jadi tiada masalah untuk mereka menganjurkan liga musim baru.

Untuk venue masih belum ada pengumuman rasmi sama ada berlangsung di satu venue atau lebih daripada satu. Cuma apa yang menarik liga mereka kali ini hanya satu sahaja tidak seperti sebelum ini dipecahkan kepada dua kumpulan. Musim ini 12 pasukan satu liga panjang dan dua pasukan tercorot nanti bakal turun ke Liga Futsal Nusantara.

Cemburu pasti ada tapi tiada apa yang boleh kita lakukan hanya boleh melihat mereka beraksi dan terus maju ke hadapan berkata “cemburu tengok negara jiran liga dah mula”. Sedangkan di Malaysia sebaliknya dengan saingan Malaysian Premier Futsal League 2021 yang sudah menarik 20 pasukan musim ini dibatalkan sekali lagi buat kali kedua. Dengan ketiadaan liga semestinya kita akan terus ketinggalan bukan sahaja daripada saingan kompetitif malah untuk melihat pemain-pemain baru untuk dibawa masuk ke skuad kebangsaan tidak akan tercapai.

Tiada liga, tiada pemain, tiada kejayaan yang kita dapat. Semoga semua pasukan, pemain serta peminat futsal Malaysia terus sabar. Kita jumpa 2022!

© Arena Futsal Malaysia – All Rights Reserved