
Misi Menjuarai Liga Futsal IPT 2017 – Coach Taufik Yaiyah
On April 6, 2017 by FixoSelepas berjaya peroleh kejayaan bersama pasukan UKM musim lalu musim ini sekali lagi coach Taufik Yaiyah sekali lagi diberi kepercayaan pihak pengurusan untuk bersama UKM bagi musim ini.
Untuk Liga Futsal IPT 2017, UKM akan beraksi di Liga Super selepas berjaya meraih tempat kedua Liga Premier musim lalu yang menawarkan slot untuk ke Liga Super.
Bagi menghadapi liga musim ini, pasukan UKM tampak sudah bersedia apabila segala perancangan program latihan yang sistematik berjalan dengan lancar.
“Kerjasama para pemain dan pihak pengurusan UKM amat baik sekali. Mereka telah mengikuti program latihan yang telah dirangka oleh saya untuk menghadapi liga musim ini. Selain daripada latihan insentif kami juga telah melakukan beberapa sesi perlawanan persahabatan untuk mempratikkan segala latihan dan tektikal yang saya terapkan”, kata beliau.
Seperti edisi yang lalu kejohanan ini menawarkan dua piala iaitu Liga IPT (Super,Premier) dan juga Piala LFIPT (Grand Final).
Menurut Coach Taufik, selaku jurulatih beliau meletakkan sasaran untuk menjuarai salah satu piala yang ditawarkan dan semestinya sasaran awal beliau adalah menjuarai Liga IPT (Super).
Pasukan UKM akan turun di aksi pertama musim ini menentang pasukan UPSI esok jam 9.50 pagi.
You may also like
Kalendar Liga Amatur
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.