ejayaan Universiti Teknologi MARA (UiTM) dalam Piala Futsal IPT 2025 terus diserlahkan apabila kedua-dua penerima Anugerah Pemain Terbaik datang dari institusi yang sama.
Dalam kategori lelaki, Haiqal Hasnor dinobatkan sebagai Pemain Terbaik, manakala kategori wanita menyaksikan kejayaan Nur Dhiyaa Addin binti Mohd Azhari. Kedua-dua pemain dipilih berdasarkan prestasi konsisten, disiplin tinggi dan komitmen luar biasa sepanjang kejohanan.
Majlis penyampaian anugerah telah disempurnakan oleh YBhg. Prof. Madya Dr. Mahyuddin Daud, Pengarah Sports Development Centre (SDC), sebagai pengiktirafan terhadap usaha dan bakat pemain-pemain muda ini.
Penghargaan ini bukan sahaja menambah koleksi kemenangan UiTM, tetapi juga menegaskan status mereka sebagai kuasa dominan dalam arena futsal IPT di Malaysia.
