Kejohanan Futsal Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Daerah (MSSD) Manjung 2025 bakal membuka tirainya dari 13 hingga 15 Mei 2025, menghimpunkan 16 pasukan sekolah menengah dari seluruh daerah dalam satu pesta futsal berintensiti tinggi yang dijangka berlangsung penuh semangat kesukanan.
Gelanggang Fasa 3C dan Pejabat Daerah dan Tanah Manjung akan menjadi lokasi utama bagi aksi peringkat kumpulan sehingga ke suku akhir. Sementara itu, Manjung Indoor Sports Arena (MISA) akan menjadi pentas bagi separuh akhir dan perlawanan akhir menjanjikan suasana lebih profesional dan eksklusif kepada bakat muda tempatan.


Menariknya, semua perlawanan akan berlangsung mengikut format dua separuh masa 20 minit (running time) dengan penerapan penuh peraturan futsal yang ditetapkan oleh FIFA, memberi pendedahan kompetitif kepada pemain sejak peringkat awal.
Format Kejohanan:
4 kumpulan, 4 pasukan setiap kumpulan
Peringkat kumpulan: 1 pusingan (round robin) Dua pasukan terbaik setiap kumpulan mara ke suku akhir Aksi kumpulan berlangsung pada 13 & 14 Mei, diikuti perlawanan suku akhir pada petang 14 Mei Separuh akhir dan final dijadualkan pada 15 Mei, dengan final bermula jam 4.00 petang
Senarai Pasukan Bertanding:
SMK Batu 10
SMK Kg. Dato’ Seri Kamaruddin
SMK Ahmad Boestamam
SMK Pangkalan TLDM
SMK Ambrose
SMK Seri Samudera
SMK Seri Manjung
SM Agama Tarbiyatul
SMK Tok Perdana
SMK Methodist ACS Sitiawan
SMK Raja Shahriman
Kolej Vokasional Seri Manjung
SMJK Nan Hwa
Maahad Islamiyah Addaniyah
SMK Al Hidayah
SMK Pangkor
Kejohanan ini dijangka menarik perhatian warga sekolah, barisan kejurulatihan serta pencari bakat. Ia bukan sahaja menjadi medan mengasah bakat muda, malah menghidupkan semula semangat futsal di peringkat akar umbi sekaligus menandakan masa depan yang cerah untuk sukan ini di daerah Manjung.

Tahniah kepada pihak penganjur yang mampu untuk merencana futsal yang kompetitif diperingkat MSSD. Semoga ianya akan menjadi role model kepada daerah-daerah lain seluruh Malaysia. Terima kasih juga kepada penaja-penaja yang membantu kejohanan ini menjadi realiti.