
Penganalisis Senaraikan 3 Pemain Negara Paling Menyerlah Di Bawah Kendalian Kim Pan-gon
On April 27, 2022 by Nabil FahmyWalaupun tewas dalam perlawanan persahabatan menentang Singapura bulan lepas, namun kemenangan ke atas FIlipina pada aksi pertama persahabatan di Singapura pasti kita tidak akan kita lupakan.
Penganalisis bola sepak negara, Datuk Richard Scully melihat ada petanda positif selepas pasukan Harimau Malaya kini dikendalikan jurulatih baharu dari Korea Selatan, Kim Pan-gon.
Kemampuan Pan-gon dalam menyusun atur pemain-pemain negara tidak kira pemain muda mahupun senior menurut Richard sebagai sesuatu yang positif.
“Bagi saya, Pan Gon berjaya menyerap susun atur pemain muda dan lama, malah sumbangan Safiq dan Aidil masih diperlukan dalam skuad. Saya tidak melihat mereka di puncak kerjaya sebaliknya di puncak prestasi.
“Mungkin daripada segi fizikal dan kecergasan, pemain-pemain senior ini hanya dapat berada separuh masa di atas padang tetapi itu pun sudah memberi sumbangan besar kepada pasukan,” katanya kepada Utusan.
Dalam masa yang sama, Richard juga telah menyenaraikan tiga orang pemain yang pada pengamatan beliau sebagai pemain paling menyerlah dalam siri perlawanan persahabatan di Singapura itu.
“Bagi saya, pemain yang menyerlah ialah Arif Aiman, Luqman Hakim dan Syafiq Ahmad. Saya harap mereka diberi lebih banyak masa bermain pada masa akan datang,” katanya.
Harimau Malaya akan melalui aksi penting kempen Kelayakan Piala Asia 2023 yang dijadual berlangsung di Stadium Nasional, Bukit Jalil dari 8-14 Jun, di mana pasukan negara diletak dalam Kumpulan E bersama Bahrain, Turkmenistan dan Bangladesh.
You may also like
Kalendar Liga Amatur
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.