
Pasukan Futsal Pelajar Malaysia Universiti Al Azhar Bukan Calang-Calang
On March 29, 2022 by Wak Pivot
Pemain MOTA FT di Mesir merupakan dikalangan pelajar Universiti Al Azhar, Mesir yang mana akan mewakili Malaysia dan membawa nama negara untuk beraksi ke Kejohanan “ Asean Amity Exhibition “ yang berlangsung pada 27-28 Mac 2022.
Kejohanan akan berlangsung di Kaherah, Mesir dan telah melibatkan 8 negara Asia Tenggara iaitu Malaysia, Indonesia, Thailand, Myanmar, Kemboja, Laos, Filipina, Vietnam dan Brunei.
Berkongsi pengalaman selama 5 tahun bermain di sana sebagai penjaga gol futsal Malaysia, Muhammad Harithah Suhaimi memberitahu beraksi di kejohanan ini adalah satu pengalaman yang amat menarik. Walaupun ia bukan di peringkat tinggi, namun saingan semua pasukan amat kuat dan kompetitif.
“Nak Juara tu senang, tetapi nak kekalkan KEJUARAAN tu susah, perlu kepada semangat kesukanan dan disiplin yang tinggi dalam pasukan”, kata Harithah.

Senarai pegawai dan pemain pasukan MOTA FT di Mesir :
Nama Pengurus 1 : Arif Syazwan bin Mohd ZaidNama Pengurus 2 : Mohd Ammar Rasyad bin Abdul Zaki
Nama Pemain :1. Muhammad Harithah bin Suhaimi 2. Muhammad Zikry bin Mohamad Zuhairi 3. Muhammad Aqil Farhan bin Bahrin 4. Muhammad Arif Nasiruddin bin Samsudin 5. Muhammad Irfan bin Shuib 6. Muhammad Akmal bin Mhd Shafiee 7. Anwarul Ariffin bin Aminudin 8. Asyraf bin Mohd Zain 9. Abdul Rahman Zaki bin Mohd Jaafar
You may also like
Kalendar Liga Amatur
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.