Undian Kelayakan AFC Futsal Asian Cup 2022
On January 6, 2022 by Wak FotoSebentar tadi berlansungnya majlis undian bagi Kelayakan AFC Futsal Asian Cup 2022 yang akan bermula pada bulan 1 sehingga 15 April depan di venue berpusat yang akan diumumkan oleh badan penganjur nanti.
Sebanyak 31 pasukan akan bertanding di pusingan kelayakan ini melibatkan West Zone, Central & South Zone, East Zone dan juga ASEAN Zone. Di mana daripada 31 pasukan ini, 16 akan ke pusingan akhir AFC Futsal Asian Cup 2022 yang dijadualkan berlangsung pada September depan di Kuwait.
5 pasukan daripada West Zone, 4 pasukan daripada Central & South Zone dan 3 pasukan daripada East Zone & ASEAN Zone yang akan mendapat tempat ke pusingan akhir nanti.
Di majlis undian sebentar tadi hanya ASEAN Zone sahaja tidak dilakukan undian berikutan AFF Futsal bakal menjadi platform pemilihan untuk ke kejohanan ini nanti dan majlis undian akan dilakukan berasingan melibatkan 9 pasukan Vietnam, Thailand, Malaysia, Myanmar, Indonesia, Timor Leste, Brunei Darussalam, Australia dan Kemboja.
Berikut merupakan keputusan undian untuk zone lain:
West Zone
Kumpulan A
Lebanon
Arab Saudi
Palestin
Oman
Kumpulan B
Iraq
Bahrain
UAE (Tuan Rumah)
Central & South Zone
Kumpulan A
Iran
Kyrgyz Republic (Tuan Rumah)
Turkmenistan
Maldives
Kumpulan B
Uzbekistan
Tajikistan
Afghanistan
Nepal
East zone
Kumpulan A
Jepun
China
Mongolia
Kumpulan B
Chinese Taipei
Korea Selatan
Hong Kong
You may also like
Kalendar Liga Amatur
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.