Pro Futsal League Indonesia Buka Tirai Minggu Ini

Kalau Malaysian Premier Futsal League 2022 akan bermula 14 Januari, Pro Futsal League Indonesia akan membuka tirai minggu ini.

Mereka juga menghadapi episod sama seperti kita terpaksa batalkan liga pada tahun lepas berikutan pandemik COVID19 yang melanda.

Untuk musim kali ini hanya 12 pasukan bertanding berbanding edisi sebelumnya yang menampilkan 16 pasukan. Ketika di edisi 2020 pasukan Black Steel Manokwari muncul juara sementara pasukan SKN Kebumen merupakan naib juara. Pasukan yang pernah diwakili pemain negara kita, Khairul Effendy Bahrin.

https://www.instagram.com/p/CYVZqhtP9e_/

Berdasarkan info yang kami dapat, Pro Futsal League bakal berlansung sehingga bulan Ogos depan. Pusingan pertama akan bermula 8 Januari sehingga 13 Mac sementara pusingan kedua pada 18 Jun sehingga 21 Ogos.

Seperti edisi-edisi sebelum ini PFL selaing penonton yang dibenarkan hadir ke stadium setiap perlawanan juga akan ditayangkan secara langsung di saluran MNC TV, MNC Sport, RCTI+ dan Vision+

Berikut merupkan senarai pasukan yang bertanding di PFL2022:

  1. Black Steel Manokwari
  2. Vamos Mataram
  3. Bintang Timur Surabaya
  4. Cosmo JNE
  5. Giga FC
  6. Halus FC
  7. Kancil BBK
  8. DB Asia Jabar
  9. Safin FC
  10. IPC Pelindo
  11. Pendekar United
  12. Sadakata FC
https://www.instagram.com/p/CYVEkEEv4sq/

One thought on “Pro Futsal League Indonesia Buka Tirai Minggu Ini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back To Top