Pasukan ATM bukan pasukan asing dalam kancah arena futsal Malaysia kerana pasukan ini satu ketika dulu pernah bersaing di saingan Liga Futsal Kebangsaan untuk beberapa musim.
Selepas 8 tahun tidak menyertai saingan liga pasukan ATM kembali tahun ini untuk bersaing dalam Malaysian Premier Futsal League 2022.
Pasukan ini yang menampilkan anggota Angkatan Tentera sepenuhnya yang mengabungkan anggota daripada Rejimen Askar Melayu Diraja, Tentera Udara Diraja Malaysia dan Tentera Laut Diraja Malaysia dilihat bersemangat untuk kembali beraksi nanti dengan persediaan yang mereka lakukan sejak beberapa bulan lepas.
Menurut jurulatih ATM, Izmir Firdaus dalam temu bual bersama Sukan RTM mereka masih ada beberapa kelemahan yang perlu diperbaiki sebelum saingan bermula terutama ketika bertahan dalam permainan.
Menerusi beberapa siri perlawanan pra musim, Izmir Firdaus akui kesilapan sertai disiplin ketika bertahan menjadi kelemahan utama yang menyebabkan pasukan lawan berjaya mencuri peluang untuk menjaringkan gol.
Dari segi kecergasan tampak tidak ada masalah untuk barisan pemain Izmir Firdaus kerana sudah ketahui anggota memerlukan kecergasan yang baik ketika berkhidmat jadi tiada masalah untuk mereka adaptasi dengan latihan serta permainan nanti.
Untuk penampilan pertama di MPFL nanti, ATM akan membuka tirai dengan berdepan pasukan TRW Kelantan.
Semoga berjaya ATM!


Can you be more specific about the content of your article? After reading it, I still have some doubts. Hope you can help me.