Negeri Sembilan King of Comeback!(Rumusan Hari 3 Sirkit 3)

Perlawanan tumpuan pada hari ketiga sirkit 3 semalam adalah perlawanan antara Negeri Sembilan dan Pahang Rangers. Skuad kendalian Gerard Casas menurunkan barisan terbaik untuk perlawanan ini dan ia terbukti selepas mereka berjaya menjaringkan gol pertama pada minit ke-15 menerusi Ahmad Harith Naim.

Perlawanan ini boleh dikatakan seimbang, masing-masing melakukan serangan demi serangan tapi pujian perlu diberikan kepada kedua-dua penjaga gol yang beraksi dengan baik. Namun penjaga gol Pahang Rangers berjaya ditewaskan pada minit ke-36 menerusi satu rembatan deras Tarmizi Ghafar sekaligus menamatkan perlawanan ini dengan keputusan 1-1.

Pada sebelah pagi, ada satu perlawanan antara KPT-PST Mustangs yang turun menentang Kuala Lumpur. Serba tidak menjadi untuk Kuala Lumpur bagi perlawanan ini dan mereka dihukum dengan kekalahan besar 2-8 dengan Mustangs.

Mustangs yang berjaya meraih 3 mata pertama ini mempamerkan aksi permainan yang pantas dan melakukan high pressing. Taktikal ini menjadi dan mereka mendahului lawan dengan 5-1 di separuh masa pertama sebelum menamatkan perlawanan ini dengan tambahan 3 lagi gol di separuh masa kedua.

Dua lagi perlawanan pada hari ketiga semalam menyaksikan Kuala Lumpur City yang kembali selepas tamat kuarantin terpaksa akur tewas 3-6 ke atas Pulau Pinang. Walaupun kurang persediaan berikutan kuarantin pemain-pemain KL City tetap memberikan aksi yang terbaik dan terlebih dahulu membuka jaringan untuk perlawanan ini.

Perlawanan terakhir pada sebelah malam, Selangor MAC seperti biasa menepati ramalan untuk menang perlawanan tersebut dengan menewaskan ATM dengan jaringan 8-1. Dengan kemenangan ini mereka terus berada di tempat pertama liga dengan 12 mata dan berkelebihan 2 mata daripada pasukan Pahang Rangers dan Negeri sembilan.