Rumusan Hari 2 MPFL 2022 (Sirkit 3)

3 perlawan di hari kedua sirkit 3 dan 25 gol secara keseluruhan berjaya dijaringkan pada hari ini. Perlawanan pembukaan bermula dengan pertemuan ATM dan Selangor TOT United. Selaku pasukan pilihan TOT United memang tak kasi peluang apabila mereka menang selesa 8-1 ke atas lawan.

Dengan kemenangan ini mereka terus kekal di kedudukan 3 teratas liga dengan mengumpul 9 mata setakat ini.

Perlawanan seterusnya melibatkan pasukan Kedah dan juga Selangor MAC. Kedah yang meraih 6 mata pada sirkit kedua minggu lepas terpaksa akur dengan kekuatan juara bertahan sebentar tadi. Mereka tewas 9-2 dengan Selangor MAC.

Untuk sirkit ketiga ini Kedah hanya ada satu perlawanan sementara Selangor MAC akan turun esok menentang ATM di sebelah malam.

Perlawanan terakhir menyaksikan Shah Alam City berjaya meraih mata ketiga kedua mereka selepas bangkit untuk menewaskan TRW Kelantan. Pasukan lawan terlebih dahulu mendahului perlawanan menerusi jaringan sendiri pemain Shah Alam City, Ilyasha Alimin sebelum pemain import Kelantan Anton Cahyo menjaringan gol peribadi pertama dia sekaligus memberi kelebihan 2 gol untuk Kelantan.

Kelebihan itu tidak dapat diteruskan selepas percaturan ketua jurulatih Shah Alam City, Fitri Yatim membuahkan hasil dengan kebangkitan 3 gol pada minit 35, 38 dan 40 hasil jaringan Danial Ashraf, Dzulfiqar Zulhaidi serta Dhiyaul Ezdiaq.