Sambutan yang menggalakkan apabila banyak pasukan yang menyertai perlawanan Liga Futsal Smart Selangor siri ke-3 ini.
Seperti yang telah dihebahkan, perlawanan ini diadakan di Uptown Sport Bangi pada 3 Mac 2018 lalu. Perlawanan ini diadakan dalam 2 kategori iaitu terbuka lelaki dan bawah 17 tahun.
Perlawanan ini melibatkan 41 pasukan bagi kategori terbuka lelaki manakala 30 pasukan bagi kategori dibawah 17 tahun. Ianya diadakan bagi membuka peluang kepada semua pemain untuk melayakkan pasukannya ke Liga Utama Smart Selangor.
Masih ada peluang untuk kesemua pasukan merebut tempat untuk layak ke siri ke-4 kelayakan yang akan berlangsung di Sport Planet Ampang pada 11 Mac ini.
Senarai pemenang bagi perlawanan liga futsal smart selangor siri 3:
Kategori Terbuka Lelaki

Juara : Killa FT

Naib Juara : Venu Fetes


Ketiga Bersama : Jerrotornadoofficial & MYG FC
Kategori Bawah 17 Tahun

Juara : RSP TITAN Jr

Naib Juara : Courtsoccer

Ketiga Bersama : Redgalacticos & Semut Merah Meru
Artikel: Wan Shahilla Nur Quratulainnie


I don’t think the title of your article matches the content lol. Just kidding, mainly because I had some doubts after reading the article.