Terbaru

Penjaring Gol Pasukan Malaysia Di AFF Futsal 2017

Sebanyak 33 gol berjaya dijaringkan pemain Malaysia dan 17 gol dibolosi sepanjang AFF Futsal 2016 ini.

Pasukan Malaysia membuka tirai dengan kemenangan 6-5 ke atas Indonesia sebelum berpesta gol 13 – 1 ke atas pasukan Laos. Perlawanan terakhir peringkat kumpulan pasukan Malaysia tewas 5-3 ke atas pasukan Myanmar.

Malaysia terpaksa akur kekalahan di peringkat separuh akhir dengan jaringan 5-3 dan perlawanan terakhir iaitu penentuan tempat 3 pasukan Malaysia berjaya memenangi perlawanan tersebut dengan jaringan 8-1 ke atas pasukan Timor Leste.

Mohd Ridzwan Bakri dan Mohd Khairul Effendy Mohd Bahrin menjadi penjaring terbanyak bagi pasukan Malaysia dengan 6 Gol berjaya dijaringkan mereka. Daripada 14 pemain hanya 3 pemain sahaja tidak berjaya menyumbang gol buat Malaysia iaitu Aidil dan juga dua penjaga gol.

Berikut senarai penuh penjaring skuad Malaysia :

Mohd Ridzwan Bakri ( 6 Gol )

Mohd Khairul Effendy Mohd Bahrin ( 6 Gol )

Abu Haniffa Hassan ( 4 Gol )

Akmarulnizam Mohd Idris ( 3 Gol )

Mohd Awalluddin Mat Nawi ( 3 Gol )

Muhammad Azri Rahman ( 3 Gol )

Saiful Nizam Mohamad Ali ( 2 Gol )

Syed Aizad Daniel Syed Nasir ( 2 Gol )

Mohd Azwann Ismail ( 2 Gol )

Muhammad Awaluddin Hassan ( 1 Gol )

Saiful Aula Ahmad ( 1 Gol )