6 pemain baru bakal membuat penampilan pertama bersama skuad futsal kebangsaan iaitu Mohd Ahzar, A Habbibbi, Wan Mohd Shami, Nazreen Saudi, Shahril Anuar dan Iqbal Haikal.
Mereka dipanggil menyertai kem latihan pusat bersama 14 pemain lain yang pernah dipanggil sertai kem sebelum ini. Kem selama 10 hari ini adalah untuk persediaan menjelang Kejohanan Futsal AFF 2018 yang akan berlangsung pada November depan di Jakarta, Indonesia.
Bagi kem kali ini, tiada wakil dari Melaka United berikutan mereka akan membawa cabaran negara ke Kejohanan Futsal Kelab AFF 2018.

Peluang buat kesemua 20 pemain terutama pemain baru untuk membuktikan kemampuan mereka untuk menarik minat kejurulatih skuad futsal kebangsaan yang diketuai coach Chiew Chun Yong.
Berikut merupakan senarai 20 pemain kem latihan ini:
- Muhammad Farikh – Perak
- Ridzwan Bakri – Perak
- Awalludin Mat Nawi – Perak
- Aidil Shahril – Perak
- Nur Hazim – Perak
- Shamar Fadzil – Perak
- Muhammad Nazreen – Pahang
- Azhar Aris – Sabah
- Andi Habbibbi – Sabah
- Wan Mohd Shahmi – Terengganu FC
- Asyraf Borhan – Kuala Lumpur
- Syed Aizad Daniel – MPSJ
- Shahril Anuar – MPSJ
- Harith Naim – Kuantan Rangers
- Akmarulnizam – Kuantan Rangers
- Syafiq Hamzah – Kuantan Rangers
- Iftitah Ahmad – Kuantan Rangers
- Iqbal Aikal – Kuantan Rangers
- Iskandar Harun – Kuantan Rangers
- Ridzwan Zainal – Felda United



Can you be more specific about the content of your article? After reading it, I still have some doubts. Hope you can help me.
I don’t think the title of your article matches the content lol. Just kidding, mainly because I had some doubts after reading the article.