PDRM Futsal Diperkuatkan dengan 5 pemain baru

Trending Hari Ini

Share on:
Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Masih dalam tempoh percubaan tapi dengan pengalaman yang ada daripada 5 pemain ini nampak bakal menjadi tonggak utama pasukan PDRM Futsal
di penampilan pertama mereka dalam saingan Malaysia Premier Futsal League 2022.

Antara 5 pemain tersebut yang paling mencuri tumpuan adalah kehadiran dua bekas pemain kebangsaan Faisal Saharudin dan Afif Izwan. Satu ketika dulu mereka antara pemain yang menyerlah di arena futsal kebangsaan sebelum berhenti seketika akibat kecederaan untuk Faisal manakala Afif meneruskan karier sebagai juruterbang.

Selain 2 pemain ini, PDRM juga berjaya untuk mendapatkan pemain berpengalaman Razin Rahim yang lama berbakti bersama pasukan Perak sebelum ini. Dua pemain terakhir yang akan membawa nama skuad sang saka biru adalah Tuah Eizlan serta bekas penjaga gol skuad B-20 negara Nur Hazim Suleiman.

Pemain-pemain ini yang sepatutnya bermain untuk Sabah tapi tidak kesampaian berikutan pasukan itu dibubarkan dan peluang ini diambil oleh pengurusan pasukan PDRM untuk menyambar mereka. Gabungan pemain berpengalaman serta barisan anggota PDRM yang akan beraksi dilihat bakal menjadi pencabar buat pasukan lain dengan adanya juga jurulatih coach Addie Azwan.

Semoga berjaya buat pasukan Sang Saka Biru!

© Arena Futsal Malaysia – All Rights Reserved