Sabtu lepas berlangsungnya kejohanan futsal Pan Futsal Championship yang berlangsung di Samba De Futsal Petaling Jaya Selangor. Kejohanan yang mendapat sambutan yang menggalakkan dengan penyertaan sebanyak 48 pasukan dari sekitar Lembah Klang.
Pasukan Court Soccer dari Kuala Lumpur dinobatkan juara setelah menewaskan pasukan Avatar FC dari Klang Selangor dalam perlawanan persahabatan yang penuh dengan aksi-aksi yang mendebarkan.
Kejohanan ini diadakan bersempena dengan pelancaran produk terbaru PAN yang juga jenama sukan yang terulung daripada negara jiran Thailand.
Ketua pengarah eksekutif Thralleo En Sid berkata “Sambutan yang menggalakkan industri futsal tanah air terhadap jenama PAN menunjukkan keyakinan pengguna terhadap kualiti dan keistimewaan jenama ini”.