Kuala Lumpur Prefer FC Mula Langkah Awal

Selain pasukan-pasukan lelaki jangan kita lupa Malaysian Premier Futsal League 2022 turut menampilkan saingan kategori wanita yang akan membuka tirai pada 5 Februari 2022.

Antara pasukan wanita yang sudah membuat persiapan awal adalah pasukan Kuala Lumpur Prefer FC, pasukan baru yang ditubuhkan bagi menjadi pencabar dalam saingan kali ini.

https://www.instagram.com/p/CXYFCHbF_p6/


Hujung minggu lepas mereka telah mengadakan satu sesi pemilihan di Futsal Hub Kota Damansara. Sesi ini telah mendapat sambutan yang menggalakan. Daripada 40 pemain wanita yang hadir sebanyak 20 pemain akan disenarai akhir dalam beberapa fasa pemilihan yang akan dinilai oleh ketua jurulatih coach Ruzaley Aziz dan akan dibantu coach Scott Lee.

Dengan kehadiran pasukan baru ini kita harapkan bukan saja mereka dapat memberikan saingan malah kita harap akan muncul bakat-bakat baru yang boleh terus dibawa ke hadapan untuk mewakili negara satu hari nanti.

Bagi kategori wanita ini difahamkan keseluruhan akan ada 8 pasukan bertanding untuk MPFL musim kedua ini.

One thought on “Kuala Lumpur Prefer FC Mula Langkah Awal

Comments are closed.