Kak Bob Dalam Kenangan. Allahyarhamah Bukan Calang-Calang Orangnya

Trending Hari Ini

Share on:
Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Minggu lepas arena futsal negara kehilangan Allahyarhamah Zaleha binti Suradi atau lebih dikenali dengan panggilan Kak Bob.

Dalam sukan futsal banyak sumbangan arwah terutama untuk futsal wanita. Arwah merupakan pengurus pasukan wanita Kuala Lumpur yang pertama berjaya membantu pasukan menjuarai Malaysia Premier Futsal League musim pertama 2019.

Siapa sangka sebelum arwah bergiat aktif dalam pengurusan sukan futsal wanita, dia adalah bekas atlet Silat negara dan juga bekas pemain skuad bola sepak wanita negara.

Untuk bola sepak arwah pernah bermain di Kejohanan Wanita Asia 1986 di Hong Kong manakala untuk silat arwah pernah muncul naib juara Kelas E (65 kg) di Kejuaraan Silat Dunia 1990 dan tempat ketiga di Kejuaraan Silat Dunia 1982 di Jakarta serta 1987 di Kuala Lumpur.

Pemergian arwah juga telah mendapat perhatian Istana Negara, dimana Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga.

Salam Takziah buat keluarga arwah dari kami. Al Fatihah.

© Arena Futsal Malaysia – All Rights Reserved