Boziqbu FT melalui kempen Johor Futsal Invitation League 2025 dengan penuh disiplin dan konsistensi sejak perlawanan pertama lagi. Beraksi cemerlang di peringkat kumpulan, mereka mengekalkan rekod tanpa kalah hasil gabungan taktikal kemas, pertahanan dan serangan berkesan.
Di separuh akhir, Boziqbu FT diuji dengan aksi intensif menentang pasukan lawan yang agresif, namun kekuatan mental serta kesabaran dalam permainan berjaya memastikan kemenangan yang membawa mereka ke perlawanan akhir.
Final menentang SN X SS Five menjadi pentas sebenar keunggulan Boziqbu FT. Dalam perlawanan sengit di Stadium Bandaraya Pasir Gudang, mereka tampil lebih hebat.
– Muhammad Aeirul Izwan Bin Mohd Nasir Aeirul membuka jaringan pada minit ke-29 sebelum
– Azim Nasri Bin Issan menambah gol kedua pada minit ke-39, sekaligus mengesahkan kemenangan 2โ0 dan menobatkan Boziqbu FT sebagai Juara JFIL 2025.
Prestasi konsisten Aeirul sepanjang kejohanan ditambah impak besar dalam aksi final melayakkan beliau menerima gelaran Vigor Best Player JFIL 2025, anugerah yang disampaikan oleh Encik Mohd Amirul Shafiq Bin Abu Bakar, Founder Vigor Properties Malay Wing.
Majlis penyampaian hadiah utama kepada juara telah disempurnakan oleh Tn. Hj. Mohd Anizam Bin Jamian, Setiausaha Kehormat Persatuan Bolasepak Negeri Johor.
Turut hadir sebagai tetamu kehormat:
- Encik Ezlan Farid bin Mohd, Setiausaha Majlis Bandaraya Pasir Gudang mewakili Datuk Bandar MBPG
- Encik Sukumaran Kunjapan, Pengurus Pembangunan JDT
Kejohanan tahun ini turut menerima sokongan penting daripada penaja utama, Vigor Properties Malay Wing, yang menjadi tulang belakang dalam penganjuran JFIL 2025.
Dengan kejayaan ini, Boziqbu FT mengukuhkan reputasi sebagai salah satu pasukan futsal paling kompetitif di Johor, malah tampil sebagai contoh pasukan berdisiplin yang mampu mendominasi arena futsal negeri.



