Bekas Ketua Unit Akar Umbi FAM kini berkhidmat di United Kingdom.

Bagi mereka yang terlibat dalam pembangunan pemain akar umbi di Malaysia pasti kenal dengan Samuel Siew. Dia yang merupakan Ketua Unit Akar Umbi FAM sebelum ini mengejutkan ramai pihak dengan pengumuman dia meninggalkan jawatan dan Persatuan Bola Sepak Malaysia pada Oktober lepas.

Samuel sertai keluarga FAM pada Februari 2018 dan dia bertanggungjawab untuk mengukuhkan struktur pembangunan akar umbi negara dan menyediakan laluan untuk pemain berusia 6-12 tahun ke peringkat seterusnya.

Banyak program yang telah berjaya dia lakukan antaranya kursus kejurulatihan akar umbi dan paling terbaru sebelum dia meninggalkan FAM adalah pengenalan program SupaRimau FAM.

Program ini yang termasuk dalam pelan F:30 negara telah mengumpul 67 akademi bertauliah daripada 202 akademi yang berdaftar, 767 jurulatih dan 5,787 pemain berdaftar di peringkat akar umbi Malaysia.

Dengan apa yang sudah dilakukan kami rasakan Samuel telah melakukan tugas yang baik dan satu kehilangan besar untuk Malaysia.

Menerusi kemaskini Samuel di Facebook dan Instagram, dia kini sudah berada di United Kingdom dimana dia menyertai TrainEffective sebagai Ketua Asia Pasifik. Sebuah syarikat yang berpengkalan di United Kingdom. Menyediakan latihan bola sepak terkini untuk para pemain mahupun pasukan.

Semoga berjaya buat Samuel Siew. Harap akan terus membantu arena bola sepak Malaysia satu hari nanti. Mungkin akan bawa program TrainEffective ke Malaysia.

Untuk info lebih lanjut anda boleh layari traineffective.com

Start a Conversation