โTenang di bawah tekanan.โ
Itulah ungkapan yang paling tepat menggambarkan keperibadian dan gaya permainan Mohammad Ammar Harith bin Mohammad, penjaga gol muda berbakat berusia 18 tahun dari Kelantan.
Bermula seawal usia 11 tahun, Ammar mula mengenali dunia futsal melalui program Milo Champions Clinic di bawah tunjuk ajar Coach Nik Mohd Amin. Dari situ, minat dan bakatnya mula terserlah, membuka jalan kepada perjalanan karier yang semakin kukuh.
Menjadi sebahagian daripada pasukan N10 sejak usia 15 tahun, Ammar terus menunjukkan kematangan dan ketenangan luar biasa di posisi penjaga gol sesuatu yang jarang dimiliki pemain seusianya. Kehebatannya di gawang telah melayakkannya menerima anugerah Penjaga Gol Terbaik dalam kejohanan Milo di Johor, satu pengiktirafan awal terhadap potensinya yang besar.
Kini, Ammar menetapkan sasaran lebih tinggi untuk beraksi di Divisyen 1 dan suatu hari nanti, menyarung jersi kebangsaan Malaysia .
