“Jangan salahkan pemain lain. Salahkan saya Dickson Nwakaeme” Dickson ucap selamat tinggal kepada Pahang FA!

Orang besi Pahang Dickson Nwakaeme yang tidak asing lagi dengan liga malaysia telah memuatnaik ‘story’ di media sosial miliknya. Beliau sebagai kapten dalam perlawanan tersebut menulis.

“I take responsibily for the lost vs Kedah. Whatever you have to say to any player, please say it to me’.

Dalam masa sama, Dickson juga mengumumkan semalam merupakan perlawanan terakhir dia bersama Pahang. Kalau tengok balik musim ini bukan yang terbaik untuk dia bersama Pahang. Tak sama macam musim 2014 dimana dia menjadi wira Pahang dengan membantu membawa pulang Piala FA & Piala Malaysia.

Musim ini hanya 2 gol saja berjaya dijaringkan di Liga Super tapi kita kena faham dengan apa yang berlaku kepada pasukan Pahang semua terganggu. Dengan diberi tanggungjawab sebagai kapten bukan satu tugas yang mudah.

Apa-apa pun kenangan bersama Pahang tidak mungkin dilupakan DN10 dan semua fans Tok Gajah. Once Pahang is always Pahang. Good luck & terima kasih Orang Besi.

Perpindahan DN10. Sumber https://www.transfermarkt.com/

‘Tapi kawan respek DN10 ni dia mempunyai semangat yang sukar untuk dijumpai dengan pemain-pemain lain. Kawan seronok tengok dia yang tak sombong dan peramah’. Kata Fauzi

*Mungkin selepas ini Pahang Rangers boleh ambil Dickson untuk bermain sebagai pivot? Mantap kalau orang besi main futsal.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back To Top