
Perlis ‘borong’ 19 Pemain Futsal Kebangsaan
On January 18, 2019 by FixoKUALA LUMPUR: Skuad futsal Perlis tampak serius untuk mencabar kejuaraan Liga Futsal Profesional Malaysia tahun ini selepas memborong 19 pemain kebangsaan.
Jumlah itu membabitkan sembilan pemain lelaki dan 10 wanita yang akan menjadi taruhan skuad Singa Utara dalam usaha Persatuan Bolasepak Perlis (PFA) melakukan transformasi pasukan futsal mereka.
Malah Presiden PFA, Datuk Ahmad Amizal Shaifit Ahmad Rafie meletakkan sasaran untuk muncul juara dalam kedua-dua kategori lelaki dan wanita pada liga kali ini.
“Insya-Allah pramusim itu akan diadakan bulan depan, tapi kami mesti lengkapkan barisan pemain. Cuma jangan pula kata kami berbelanja besar.
“Uzbekistan kami ada kerjasama di sana, nanti orang salah faham. Kami juga ada kerjasama dengan Indonesia, memang perancangan kami nak bawa skuad futsal jalani latihan di Indonesia selain Uzbekistan,” katanya pada sidang media memperkenalkan skuad futsal Perlis, hari ini.
Pada majlis itu, Ahmad Amizal turut mengesahkan syarikat barangan sukan Joma sebagai penaja skuad futsal Perlis dengan jumlah tajaan kira-kira RM50,000 semusim.
Antara pemain kebangsaan yang menyertai skuad futsal lelaki Perlis adalah Mohd Khairul Effendy Mohd Bahrin, Mohd Azwan Ismail dan Saiful Nizam Mohd Ali manakala skuad wanita pula diperkuatkan dengan Intan Sarah Anisah Zulgafli, Hanis Farhana Shamsul Azizan dan Siti Asnidah Zamri.
Kredit artikel : Zulfaizan Mansor/Harian Metro
Kredit Gambar : Perlis Football
You may also like
Kalendar Liga Amatur
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.