
Syawal Pamer Aksi Cemerlang Di SUKMA 2018
On September 22, 2018 by WanShaWilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WIPERS) berjaya meraih pingat emas bagi kedua-dua kategori lelaki dan wanita. Acara futsal telah diadakan di Manjung Indoor Sports Arena (MISA) sepanjang kejohanan itu berlangsung.
Wakil AFM telah mendapatkan pemain WIPERS, Muhammad Syawal Bin Sabaruddin bagi mendapatkan komennya.
Baginya, kejayaan yang diperoleh oleh mereka merupakan satu pencapaian yang terbaik. Justeru, menurut Syawal pasukannya telah memberikan komitmen yang sepenuhnya terhadap pasukan.
Muhammad Syawal yang berusia 21 tahun ini mengakui bahawa dia berasa bangga apabila dapat bermain bersama pasukan WIPERS kerana mereka adalah sebuah pasukan yang mampu mempamerkan aksi yang cemerlang.
“Tentang saingan semua pasukan memberikan tentangan yang hebat”, tambahnya.
Apabila dikatakan dia merupakan salah seorang pemain yang menyerlah bagi tahun ini.
Komennya, “bagi saya , saya sangat berpuas hati dengan persembahan saya dan pasukan. Kami telah lakukan yang terbaik untuk WIPERS!”.
Dalam pada itu, SUKMA 2018 ini juga merupakan SUKMA yang terakhir untuk Muhammad Syawal.
Menurutnya, jika dia diberikan peluang untuk bermain di peringkat yang lebih jauh, dia telahpun bersedia. Dia juga menyimpan hasrat untuk beraksi di peringkat yang lebih tinggi.
Di sepanjang SUKMA 2018, Syawal telah mempamerkan aksi yang sangat hebat meskipun mempunyai bolos sebanyak 8 gol di keseluruhan kejohanan.
Foto : SUKMA 2018 & WIPERS
You may also like
Kalendar Liga Amatur
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.