
Pasukan ‘Chor’ Bersemangat Jadi Tuan Rumah
On August 29, 2018 by WanShaSukan Malaysia (SUKMA) 2018 merupakan edisi yang ke-19 tahun ini bakal diadakan di Perak Darul Ridzuan. Ianya akan bermula pada 14-22 Septermber 2018. Bagi acara futsal, ianya akan diadakan di Manjung Indoor Sports Arena.
Wakil AFM berjaya mendapatkan ketua jurulatih pasukan futsal Perak, Qusmaini Noor Rusli bagi mendapatkan maklumat semasa mengenai pasukan bimbingannya.
Menurut Coach Qusmaini, dia mula membimbing pasukan Perak bermula Mei lalu. Hal ini kerana, dia tidak mampu memberikan komitmen sepenuhnya buat pasukan Kuala Lumpur. Dalam pada itu, dia juga merupakan ketua jurulatih pasukan Perak di Liga Futsal Kebangsaan (LFK).
Dia turut berkongsi, mereka telah menyertai beberapa kejohanan antaranya adalah Evarado CUP di Kuantan pada Mei lalu dimana ketika itu pasukan Perak menjadi juara.
Selain itu, mereka turut menghantar barisan pelapis pasukan tersebut dalam perlawanan 4 penjuru di Puchong pada Julai lalu bagi memberikan pendedahan buat mereka.
“Kami juga sertai beberapa perlawanan persahabatan di Ipoh dan Kuala Lumpur”, katanya.
Perkembangan mengenai pemain pula, menurut coach dia telah membawa masuk 3 pemain baru iaitu Muhammad Aidil Shahril Rosli dari pasukan MPSJ-LFK, Fakhrul Islam Anizam dari pasukan MBPP-LFK dan Muhammad Zakry Asraf Roslan merupakan pemain Perak dalam Piala Iskandar Dzurkarnain 2016 lalu.
Pada edisi lalu, Coach Qusmaini berjaya membawa pasukannya ke final dalam dua edisi ketika bersama pasukan Negeri Sembilan (2011) dan Kuala Lumpur (2013) namun hanya mendapatkan naib juara.
“Pada SUKMA kali ini, saya akan cuba berhabis-habisan dan buat yang terbaik bagi mencapai target kami iaitu juara dalam SUKMA kali ini”, katanya dengan penuh yakin.
Bertanyakan tentang saingan pada perlawanan kali ini. Menurutnya, saingan musim ini sangat sengit dimana Terengganu FC menggunakan pemain LFK serta pasukan kuat yang lain Kuala Lumpur, Selangor, Kedah, Johor dan Pahang.
“Kami juga menghormati pasukan-pasukan lain. Kami akan bagi saingan yang sengit kepada lawan dalam setiap perlawanan yangg dihadapi”, katanya dengan penuh semangat.
Perak berada di kumpulan A bersama pasukan Selangor, Sabah dan Perlis.
“Saya bersyukur dengan undian yang diperolehi. Walaubagaimanapun, semua pasukan dalam group A, rata-rata mempunyai peluang yang seimbang dan setara”, komennya.
Namun begitu, menurut Coach Qusmaini dalam kumpulan ini, mereka menjangkakan Selangor yang akan menjadi halangan buat mereka kerana kebanyakan pemain mereka turut bermain di LFK iaitu Selangor United MPSJ dan KL City.
“Seperti yang saya katakan, kami akan buat sehabis baik dalam semua perlawanan!”, katanya menamatkan bicara.
You may also like
Kalendar Liga Amatur
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.