
Aizat Semakin Matang, Semakin Berani
On November 9, 2017 by Wak PivotAizat semakin matang, semakin berani
Setahun bersama Kuantan Rangers, penjaga gol muda Aizat Borhanuddin telah banyak belajar dan menunjukkan transisi yang cukup positif dalam perkembangan kariernya.
Bermula sebagai penjaga gol yang beraksi di Liga IPT, Aizat menunjukkan kesungguhan yang tinggi untuk memperbaiki diri dan kini ketrampilannya dilihat lebih matang dan lebih berani di atas gelanggang sepertimana diakui jurulatih penjaga gol, Mohamad Faris.
Bagi Faris, andai diberi masa dan pendedahan yang cukup, Aizat atau dikenali sebagai Jawa mampu menjadi salah seorang penjaga gol terbaik dalam negara.
“Saya melihat Aizat mempunyai kesungguhan dan determinasi tinggi. Seorang yang sentiasa mahu perbaiki diri, lantang bersuara di atas gelanggang dan hantaran bola melalui lontaran juga tepat.
“Malah dia juga semakin berkeyakinan ketika berdepan situasi satu lawan satu, teknik shot-stoppingnya bertambah baik. Kawalan kakinya juga lebih baik berbanding kebanyakan penjaga gol dalam negara.
“Dia mempunyai dua aspek penting yang diperlukan iaitu ketenangan dan keberanian. Bagi saya, dia boleh melangkah jauh,” kata Faris yang turut melatih dua lagi penjaga gol Rahimi Shatar dan Syazwan Kamaruddin.
Bagi Aizat sendiri, dia sudah bersedia, sama ada secara mental mahupun fizikal untuk berdepan apa sahaja cabaran bagi terus mencipta nama dalam arena futsal tempatan.
“Sasaran saya kini membantu Kuantan Rangers layak ke LFK dan memburu lebih banyak kejayaan bersama pasukan ini. Saya gembira menjadi sebahagian dari perancangan hebat pasukan ini.”
Sumber: Facebook Kuantan Rangers
You may also like
Kalendar Liga Amatur
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.