Tak Mustahil Emas Buat Pasukan Futsal Kebangsaan
On June 28, 2017 by FixoBuruan emas acara futsal di temasya Sukan SEA Kuala Lumpur pada Ogos nanti bukan mustahil buat skuad negara jika keputusan di Kejohanan Antarabangsa Persatuan Bolasepak China (CFA) 2017 di Hunan, China, berakhir kelmarin, diambil kira.
Berdasarkan keputusan positif diraih sepanjang kejohanan itu pasukan futsal negara menamatkan saingan di tangga ketiga daripada empat pasukan bertanding dengan meraih empat mata.
Paling mencuri tumpuan, pastinya kejayaan mengikat jaguh Eropah-Republik Czech dengan 3-3 – pada aksi pertama sebelum meneruskan aksi memukau untuk menumbangkan skuad tuan rumah menerusi kemenangan 5-4.
Bagaimanapun, aksi cemerlang itu gagal diteruskan pada aksi terakhir apabila dibelasah England 0-5 untuk mengakhiri cabaran negara di belakang Republik Czech (juara) dan England (naib juara).
Mengulas mengenai persembahan pasukan di kejohanan itu, pengendalinya Chiew Chun Yong optimis jurang pasukan negara dengan Thailand semakin mengecil jika aksi di CFA dijadikan panduan.
“Moral skuad futsal negara berada di tahap tertinggi untuk mencabar dominasi Thailand yang diakui antara pasukan terkuat di Asia Tenggara dan Asia.
“Berikutan pendedahan diterima pemain selain menunjukkan prestasi cemerlang di CFA, pasukan negara dilihat berpotensi melakukan kejutan dengan harapan rentak sama dapat dikekalkan hingga Sukan SEA.
Pencapaian terbaik pasukan futsal negara dalam saingan Sukan SEA adalah pada 2007 ketika Thailand dengan Malaysia meraih perak di belakang tuan rumah.
Artikel oleh Harian Metro
You may also like
Kalendar Liga Amatur
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.