Chiew Chun Yong Mahu Para Pemain Kekal Fokus Dan Bangkit Untuk Next Game!
On May 16, 2017 by FixoPasukan futsal B-20 negara memulakan kempen Kejohanan Futsal B-20 AFC dengan langkah kiri apabila tewas kepada pasukan tuan rumah Thailand dengan jaringan 5-2. Separuh masa pertama perlawanan tampak seimbang dengan kedua-dua pasukan cuba mencari jaringan awal dan pasukan Thailand berjaya peroleh jaringan pertama mereka pada minit ke-14. Memasuki separuh masa kedua pasukan Thailand terus menjarakkan kedudukan apabila peroleh 2 lagi jaringan. Semangat juang tinggi para pemain negara berjaya mencuri dua jaringan melalui Muhammad Saad dan Muhammad Farikh untuk merapatkan jurang 3-2.
Perubahan tektikal dengan bermain secara “power play” di minit-minit akhir perlawanan memakan diri pasukan negara apabila pasukan Thailand berjaya mencuri dua lagi gol untuk menamatkan perlawanan dengan kemenangan kepada mereka 5-2. Jelas kelihatan pasukan Thailand turun dengan pasukan yang lebih bersedia dan para pemain mereka mempunyai teknik individu yang baik.
Namun sebenarnya jurang pasukan futsal negara dan Thailand semakin dekat dan kita perlu lebih berusaha untuk menjadi kuasa besar futsal satu hari nanti. Menurut ketua jurulatih pasukan futsal B-20 negara, Coach Chiew Chun Yong, beliau bangga dengan mental dan semangat juang tinggi yang ditunjukkan para pemain.
“Mereka memberikan satu tentangan yang kuat kepada pemain Thailand. Saya yakin sebenarnya kita mampu untuk seri bersama pasukan Thailand sebentar tadi namun disebabkan para pemain kurang pengalaman beraksi di pentas tinggi dan kurang fokus di minit akhir perlawanan berjaya diambil kesempatan oleh pasukan Thailand,’ kata Chiew Chun Yong.
“Walaupun tewas saya percaya ia satu pengalaman yang berharga buat para pemain ini untuk maju pada masa akan datang. Bagi aksi kedua menentang Afghanistan esok mereka harus bangkit dan kekal fokus.”
Pasukan negara akan turun beraksi di perlawanan kedua menentang Afghanistan esok jam 4.00 pm waktu Malaysia. Semoga berjaya, guys!
Foto Kredit : Futsal Thailand
You may also like
Kalendar Liga Amatur
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.