Senarai Akhir 14 Pemain Ke Kejuaraan Futsal B-20 AFC 2017 Di Bangkok
On May 11, 2017 by FixoBerikut senarai akhir 14 pemain yang telah dipilih oleh ketua jurulatih futsal kebangsaan, Chiew Chun Yong untuk ke Bangkok, Thailand pada Sabtu ini bagi menghadapi Kejuaraan Futsal B-20 AFC 2017 dari 16 hingga 26 Mei 2017.
- Aiman Fikry Ramli (GK) – Kuala Lumpur
- Nur Hazim Suleiman (GK) – Perak
- Muhammad Nurasyraaf Mohamad Azle – Kuala Lumpur
- Ahmad Harith Naim Mohd Nasir – Kuantan Rangers
- Mohamad Awalludin Mat Nawi – Perak
- Muhammad Farikh Khabibor Rahman – Perak
- Mohamad Umarul Hakimi Mohd Nasarudin – Perak
- Muhammad Amirul Sugito – KL Petaling Putra
- Shah Azman Ekmal Saleh – KL Petaling Putra
- Mulhim Muqri Faisal – PBSMM
- Iskandar Harun – Sarawak
- Muhammad Saad Abdul Sani – Melaka
- Muhammad Aidil Shahril Rosli – Felda United
- Fakhrul Islam Anizam – Politeknik Shah Alam
Lima pemain telah digugurkan daripada senarai awal 19 pemain yang dipanggil ke kem latihan pusat bermula 26 April lalu iaitu Farid Lokman, Farhan Khairul Anuar (Kuala Lumpur), Fadilah Raj Kafor, Affiq Miswan (KL City FC) dan Syahril Ezuwan Sadre (Selangor).
Sepanjang kem latihan tersebut, skuad futsal B-20 kebangsaan telah mengharungi tiga perlawanan persahabatan bertemu pasukan tempat ketiga Liga Futsal Kebangsaan (LFK) 2017, Pahang (menang 4-1); juara LFK 2017, Melaka (kalah 6-4) dan pasukan Kuantan Rangers (menang 9-3).
Pada kejohanan di Bangkok nanti, Malaysia akan bertemu tuan rumah Thailand pada 16 Mei diikuti Afghanistan (17 Mei), Bahrain (18 Mei), Iraq (19 Mei) dan Brunei (20 Mei) untuk lima aksi Kumpulan A di Bangkok Arena.
Dua pasukan teratas kumpulan akan meneruskan cabaran bagi saingan kalah mati dengan aksi suku akhir pada 22 Mei, separuh akhir pada 24 Mei dan final pada 26 Mei.
Artikel oleh FAM
You may also like
Kalendar Liga Amatur
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.