Jersi Manakah Menjadi Tarikan Anda?
On January 31, 2017 by FixoJersi antara satu keperluan yang digunakan oleh para pemain tidak kira sukan futsal mahupun sukan lain. Nilai sesuatu jersi itu amat berharga buat setiap pasukan apabila ia bukan sahaja membawa nama sesebuah pasukan malah ia membawa idenditi serta semangat kepada setiap pemain yang memakainya.
Jika melihat jersi pasukan yang digunakan ketika di AFF Futsal 2016. Rata-rata setiap pasukan memperagakan design jersi yang terbaru dan menarik untuk kita dapatkan.
Jom kami kongsikan jersi yang digunakan pasukan di AFF Futsal 2016.
Thailand
Pasukan tuan rumah Thailand memperagakan jersi terbaru mereka berjenama Warrix. Jika sebelum ini mereka tampil dengan jersi rekaan Grand Sport berwarna biru dan merah kini mereka tampil dengan lebih garang jersi bewarna hitam. Manakalah penjaga gol jersi berwarna gold.
Brunei Darussalam
Brunei Darussalam masih tampil dengan jersi berjenama Lotto namun dengan design yang terbaru dan menarik. Mempunyai dua set jersi satu serba lengkap kuning dan satu lagi serba lengkap putih.
Timor Leste
Jika sebelum ini pasukan Timor Leste tampil dengan jersi rekaan Mitre kini mereka tampil dengan jersi berjenama Narrow dari Indonesia. Agak menarik apabila Timor Leste menggunakan jenama baru pada kali ini.
Malaysia
Malaysia masih tampil dengan jersi daripada Nike dan mereka masih menggunakan design lama pada kali ini. Harap-harap untuk kejohanan akan datang pasukan Malaysia akan menggunakan design yang terbaru.
Myanmar
Pada musim lepas Myanmar menggunakan jersi berjenama Lotto namun pada kali ini mereka tampil dengan dua rekaan jersi dari jenama FBT. Satu serba merah dan satu lagi serba putih.
Laos
Pasukan Loas tampil di kejohanan ini dengan dua set jersi yang warnanya sangat jarang diguna oleh pasukan bola sepak mahupun futsal. satu set berwarna biru cair dan satu lagi berwarna pink. Mereka menggunakan jersi berjenama FBT.
Indonesia
Pasukan Indonesia masih menggunakan jersi berjenama Nike namun pada kali ini mereka tampil dengan design baru sedikit berbeza dari design yang lama. Mereka masih mengekalkan warna merah sebagai warna utama jersi mereka.
You may also like
Kalendar Liga Amatur
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.