
14 Nama Diumum Untuk Ke Bangkok
On January 15, 2017 by FixoSkuad futsal lelaki kebangsaan akan berlepas Bangkok, Thailand pada hari ini untuk tiga perlawanan persahabatan antarabangsa bertemu Chonburi FC, Bangkok FC dan Royal Thai Navy FC sebelum memulakan cabaran pada Kejuaraan Futsal AFF 2016.
Menurut Ketua jurulatih futsal lelaki kebangsaan, Chiew Chun Yong, tiga aksi persahabatan di Bangkok pada 17, 18 dan 20 Januari ini adalah percubaan terakhir dan beliau berharap dapat membantu pasukan untuk mencapai tahap dikehendaki itu.
“Dari situ nanti kita boleh lihat di mana tahap kekuatan pasukan kita ini dan sejauh mana para pemain dapat menyesuaikan diri dengan sistem permainan baharu,” ujar beliau.
Dalam pada itu, Chiew Chun Yong telah menggugurkan penjaga gol Syafiq Hamzah dan Amirul Sugito. Beliau hanya menyenarai 14 pemain yang akan ke Bangkok untuk Kejohanan Futsal AFF 2016.
Pasukan futsal kebangsaan bakal membuka kempen Kejuaraan Futsal AFF 2016 bagi saingan Kumpulan B bertemu Indonesia pada 23 Januari diikuti aksi kedua bertemu Laos (24 Januari) dan aksi ketiga bertemu Myanmar (25 Januari).
Jika layak ke separuh akhir, mereka akan bertemu pasukan dari Kumpulan A yang terdiri daripada Thailand, Brunei dan Timor-Leste pada 27 Januari untuk memburu tempat ke pentas final pada 29 Januari.
Senarai 14 Pemain untuk ke Bangkok, Thailand
- Muhammad Awaluddin Hassan (Selangor)
- Mohd Khairul Effendy Mohd Bahrin (Selangor)
- Saiful Aula Ahmad (Selangor)
- Azrul Hadee Mohd Taufiq (Felda United)
- Saiful Nizam Mohamad Ali (Felda United)
- Mohd Azwann Ismail (Felda United)
- Muhammad Azri Rahman (Felda United)
- Abu Haniffa Hassan (Felda United)
- Mohd Firdaus Razali (MPSJ)
- Syed Aizad Daniel Syed Nasir (MPSJ)
- Muhammad Aidil Shahril Rosli (MPSJ)
- Akmarulnizam Mohd Idris (Pahang)
- Mohd Ridzwan Bakri (Sabah)
- Mohd Awalludin Mat Nawi (Perak)
Sumber dan Gambar : FAM
You may also like
Kalendar Liga Amatur
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.