Kejohanan Futsal Piala Patriot 2016 menarik minat lebih 600 pasukan
On September 24, 2016 by Wak PivotTelah berlangsung pelancaran Kejohanan Futsal Piala Patriot 2016 yang diadakan di Villa Putri Kuala Lumpur. Antara tetamu kehormat yang telah hadir adalah Datuk Nadzim Johan – Ketua Aktivis PPIM/YPNM, Dato Jawwhar Ali – Pemilik Restoren Ali Maju dan juga juga penaja utama kejohanan.
Menawarkan hadiah keseluruhan yang mencecah 100 ribu ringgit dan hadiah sampingan dari penaja. Ianya yang julung diadakan ini dijangka ini bakal disertai oleh 600 pasukan futsal dari seluruh negara termasuk pasukan-pasukan dari Sabah dan Sarawak yang telah mengesahkan penyertaan yang dipecahkan kepada 5 kategori seperti berikut;
1. Terbuka Lelaki
2. Terbuka Wanita
3. Agensi Kerajaan & Media
4. Lelaki Bawah 17 tahun
5. Lelaki Bawah 15 tahun
Menurut wakil dari pihak penganjur, disamping acara utama iaitu kejohanan futsal, terdapat juga activiti-aktiviti yang bakal berlangsung seiring iaitu Ngap Fest dimana 90 vendor makanan dan food truck yang cukup terkenal seperti Kulcats,The Pisang Cheese dijangka turut serta sepanjang 3 hari kejohanan bermula dari 30/09/2016 hingga 02/10/2016 bertempat di Kompleks Futsal Mokhtar Dahari Putrajaya. Kejohanan yang ditaja oleh Ali Maju Restoren & Kementerian Wilayah Perseketuan serta penaja bersama The Printing Dudes Kuala Lumpur & Bets n Co bakal diuruskan oleh Pengurus Acara iaitu Sportseeker Event Management dijangka bakal berlangsung meriah.
Antara vendor-vendor makanan yang akan berada dilokasi kejohanan.
Panggilan terakhir untuk pasukan-pasukan futsal yang berminat untuk mendaftarkan diri sebelum tarikh tutup kejohanan iaitu 28/9/2016. Untuk memuat turun kejohanan anda boleh melayari https://arenafutsal.my/event/kejohanan-futsal-piala-patriot-2016/?instance_id=316
Dan untuk mendaftar hubungi segera nombor yang tartera pada poster kejohanan.
You may also like
Kalendar Liga Amatur
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.