
Saingan 5 wakil asia di Piala Dunia Futsal 2016 Colombia
On September 10, 2016 by FixoHari ini bakal bermulanya FIFA Futsal World Cup 2016 yang berlangsung di Colombia dimana 24 pasukan terbaik dunia akan berentap merebut Piala Dunia Futsal edisi ke 8 ini. Terdapat 5 wakil asia yang akan membawa cabaran di Piala Dunia Futsal ini iaitu Iran, Uzbekistan , Thailand , Vietnam dan juga Australia. Ayuh ikuti cerita mengenai lima wakil asia ini.
Bagaimana mereka layak ke piala dunia?
Iran, Uzbekistan, Thailand dan Vietnam adalah empat pasukan teratas di Kejohanan Futsal AFC 2016 dan mereka layak secara automatik dimana 5 slot diberikan kepada pasukan dari asia, manakala slot terakhir dari asia berjaya diambil oleh pasukan Australia yang memenangi pusingan play-off
Saingan yang akan diterima oleh wakil asia.
Vietnam berjaya menempah tempat mereka di Piala Dunia Futsal ini buat kali pertama selepas mencatat kemenangan menakjubkan ke atas juara bertahan Jepun pada suku akhir Kejohanan Futsal AFC 2016. Vietnam akan turun pada perlawanan pertama mereka menentang pasukan Guatemala. Vietnam yang telah diundi bersama Guatemala di Kumpulan C turut disertai oleh pasukan Itali dan Paraguay.
Seperti Vietnam, Uzbekistan juga akan beraksi di Piala Dunia Futsal ini buat kali pertama, naib juara Kejohanan Futsal AFC 2016 ini akan turun di perlawanan pertama mereka menentang pasukan Panama, yang mara ke pusingan 16 di Piala Dunia Futsal 2012 di Thailand dalam penampilan pertama mereka. Kemudian pasukan Uzbekistan akan menghadapi sedikit kesukaran apabila akan bertemu pasukan tuan rumah Colombia sebelum bertemu pasukan Portugal di perlawanan akhir peringkat kumpulan A.
Bagi gergasi futsal Asia pasukan Iran, mereka telah diundi di dalam Kumpulan F bersama juara dunia dua kali, Sepanyol, juara Afrika, Maghribi, dan juga pendatang baru pasukan Azerbaijan, manakala Thailand, yang merupakan tuan rumah Piala Dunia Futsal 2012 telah diundi dalam Kumpulan B bersama pasukan Russia, Cuba, dan Mesir.
Namun, wakil Asia yang akan menghadapi satu perlawanan yang paling sukar dalam peringkat kumpulan sudah pasti Australia, dimana pasukan yang dikenali dengan panggilan Futsalroos ini diundi dalam Kumpulan D bersama juara dunia lima kali Brazil. Selain itu, Australia akan berdepan dengan pendatang baru Mozambique dan juga pasukan Ukraine.
Sumber & Foto : AFC
You may also like
Kalendar Liga Amatur
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.