Tot United dan TJJ FC julang kejuaraan di Kejohanan Futsal Pan Malaysia 2016

Produk sukan jenama Pan tidak asing lagi bagi peminat sukan futsal di Malaysia malah ia terus berkembang menembusi pasaran di Malaysia. Produk asal dari Thailand ini semakin mendapat perhatian oleh peminat futsal.  Hujung minggu yang lalu, Pan Malaysia telah menganjurkan kejohanan futsal terbuka dan bawah 17 tahun yang telah berlansung di Samba De Futsal, Petaling Jaya Selangor. sebanyak 32 pasukan bagi setiap kategori yang terdiri daripada pasukan-pasukan amatur yang menyertai kejohanan dua hari tersebut.

Disamping itu, Pan Malaysia dengan kerjasama Samba Sports Studio juga telah mengadakan pameran barangan sukan dan pelancaran produk baharu iaitu kasut futsal model ‘VIGOR 6’. Pameran ini telah memberi  tarikan buat pemain futsal untuk melihat dan mencuba kasut jenama baru ini selain beraksi di kejohanan tersebut.

“Penerimaan peminat sukan terhadap jenama Pan ini semakin meningkat naik dan mereka juga amat berpuas hati akan kualiti dan rekaan barangan kami. Kami berharap agar peminat sukan futsal di Malaysia akan terus memberi kepercayaan terhadap jenama ini dan kami akan memberikan kualiti yang terbaik kepada mereka” kata Azlee Aris, selaku wakil Pan Malaysia.

P4020363

Satu sesi majlis menandatangi perjanjian juga diadakan diantara pihak Pan Malaysia dan juga Pemain Futsal Kebangsaan, Afif Asyraf yang telah dilantik sebagai Duta Rasmi Pan Malaysia. Kredibiliti pemain muda ini telah menarik perhatian Pan Malaysia untuk melantik beliau dan mereka yakin pemain ini mampu mempromosikan jenama ini.  Afif Asyraf  juga merupakan penjaring terbanyak bagi pasukan Malaysia pada kejohanan AFC Futsal Championship tempoh hari.

Pada kejohanan tersebut, pasukan TOT United FC telah menjuarai kategori Terbuka manakala Pasuka TJJ FC menjuarai kategori bawah 17 tahun. Kedua-dua pasukan membawa pulang wang tunai RM2000 dan RM1200 bersama Trofi dan barangan sukan Pan.

P4020523

Senarai Pemenang Kejohanan Futsal Pan Malaysia 2016

Kategori Terbuka

Johan: TOT United FC

Naib Johan: Puchong Fuerza FC

Ketiga bersama: MBC ‘A’ dan M.A.C ‘A’

Pemain Terbaik Perlawanan akhir: Azlan Azwan (TOT United)

Penjaring Terbanyak: Mohd Norsyafiq (Puchong Fuerza)

 

Kategori Bawah 17 tahun

Johan: TJJ FC

Naib Johan: BMBC FC

Ketiga bersama: Charo 25 FT dan Kartallar SC

Pemain Terbaik: Syahril Ezwan (TJJ FC)

Penjaring Terbanyak: Mohd Fahmy Ezrie (TJJ FC)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back To Top