Adidas Dan Liverpool Kembali Bergabung

Buat pertama kalinya dalam tempoh 13 tahun, adidas dan Liverpool FC dengan bangganya memperkenalkan jersi Home dan Away baharu kelab untuk musim 2025/26. Gabungan ini pernah bekerjasama dalam era paling ikonik Liverpool dari 1985 hingga 1996, dan sekali lagi dari 2006 hingga 2012. Kini, jenama tiga jalur itu kembali untuk membawakan busana gaya hidup dan teknologi prestasi tercanggih musim ini kepada pemain dan para peminat.

Jersi Home Liverpool FC yang dilancarkan hari ini menampilkan DNA kelab yang asli, dengan rona merah strawberi gelap sebagai warna asas jersi dan tiga jalur adidas berwarna putih di bahagian bahu. Lambang Liver Bird klasik menghiasi bahagian dada, manakala kolar bulat yang kemas memberikan penampilan moden dan atletik, lengkap dengan kemasan berusuk pada hujung lengan yang menjadi pelengkap kepada keseluruhan gaya yang seiring dengan legasi LFC.

Jersi ini dipadankan dengan seluar pendek dan stokin berwarna merah. Stokin tersebut menampilkan tiga jalur adidas di bahagian atas, serta tulisan โ€˜LFCโ€™ di atas logo adidas pada bahagian tulang kering.

Jersi Away pula didatangkan dalam rona yang sememangnya sinonim dengan kit tempat lawan LFC terdahulu. Ia menampilkan warna asas krim dengan kemasan hitam dan merah. Lambang Liver Bird diletakkan di dalam perisai, diinspirasikan daripada struktur tempat duduk utama stadium Anfield yang asal pada tahun 1906, diolah semula agar menyerupai bentuk sebenar struktur tersebut.  

Jersi Away didatangkan dengan dua pilihan seluar pendek dan stokin. Pilihan pertama ialah seluar pendek hitam dengan stokin berwarna krim, manakala pilihan kedua ialah seluar pendek berwarna krim dengan stokin hitam.

Direka untuk prestasi dan membantu memberikan keyakinan kepada pemain bertaraf dunia ketika beraksi di bawah tekanan, jersi yang sangat ringan ini menampilkan teknologi terkini daripada adidas. Versi padang jersi ini diperbuat daripada material canggih untuk memaksimumkan aliran udara agar pemain kekal sejuk, manakala versi untuk peminat pula menggunakan fabrik penyerap peluh bagi memastikan badan sentiasa kering.

Pengurus Besar adidas Football, Sam Handy berkata, โ€œKembalinya adidas ke Liverpool FC merupakan detik yang amat bermakna buat kami. Melihat tiga jalur ikonik kami kembali menghiasi jersi Liverpool FC adalah sesuatu yang sangat membanggakan. Jersi Home ini benar-benar mencerminkan DNA Liverpool yang asli, bergaya dan kemas, manakala Jersi Away pula memberi penghormatan kepada kekayaan sejarah kelab. Bagi seluruh pasukan adidas, ini hanyalah permulaan kepada satu perjalanan luar biasa, dan kami tidak sabar untuk menyaksikan apa yang akan berlaku seterusnya.โ€

โ€ฏโ€ฏ

Sementara itu, Ketua Pegawai Komersial Liverpool FC, Ben Latty berkata, โ€œPelancaran ini bukan sahaja untuk memperkenalkan kit terbaru,  ia turut menandakan permulaan kerjasama selama 10 tahun antara LFC dan adidas. Sejak kerjasama ini diumumkan pada Mac, ia telah mencetuskan pelbagai jangkaan dan keterujaan yang tinggi. Koleksi pertama ini bakal menjadi penanda aras untuk musim-musim yang akan datang.โ€

Turut dilancarkan bersama Jersi Home dan Away ialah jersi Pre-Match, jaket Anthem bola sepak Z.N.E., dan kasut adidas Samba klasik. Jersi Pre-Perlawanan ini diinspirasikan daripada struktur pintu gerbang ikonik Shankly Gates yang terletak di luar stadium Anfield, dengan rona asas hitam serta corak pintu gerbang yang rumit dalam warna merah gelap. Jaket Anthem bola sepak Z.N.E. diperbuat daripada fabrik sulaman berganda yang lembut dan dilengkapi hud besar dengan cetakan huruf โ€˜YNWAโ€™ sebagai penghormatan kepada slogan terkenal Liverpool. Kasut LFC Samba pula menampilkan bahagian atas kulit berwarna putih, tiga jalur berwarna merah, serta lambang LFC pada lidah kasut. Ia turut dihiasi dengan cetakan huruf โ€˜YNWAโ€™ berwarna emas pada bahagian sisi.

Bagi meraikan pelancaran jersi baharu ini, adidas dan Liverpool FC telah melancarkan sebuah filem berjudul โ€˜Your Dream. Our Realityโ€™. Filem ini mengisahkan detik pertemuan seorang kanak-kanak perempuan dengan jersi Liverpool yang baharu, lalu membawanya melalui satu perjalanan penuh pengalaman seperti mimpi โ€“ mengaburkan sempadan antara fantasi dan realiti. Perjalanan itu membawanya ke majlis makan malam bersama legenda silam dan bintang masa kini seperti Ian Rush dan Mohamed Salah, mencipta semula iklan ikonik adidas bersama Gerrard dan Alonso serta pemain pasukan utama lelaki dan wanita masa kini. Dia turut menyusuri detik-detik kejuaraan LFC bersama Sir Kenny Dalglish, sebelum mengakhiri perjalanannya di padang Anfield dalam babak penutup yang dramatik.

Filem sempena pelancaran ini turut menampilkan visual pemain dan produk yang diinspirasikan daripada babak majlis makan malam dalam mimpi tersebut. Selain itu, terdapat banyak lagi video tambahan istimewa dan foto eksklusif di sebalik tabir yang akan diterbitkan di saluran rasmi kelab, adidas dan para pemain.

Jersi versi perlawanan ini boleh didapati pada harga RM549, manakala versi peminat pula berharga RM329, kedua-duanya boleh dibeli mulai hari ini di butik adidas terpilih, secara dalam talian di https://www.adidas.com.my/en/liverpool, serta di gedung rakan peruncit utama.