Dua Misi Yang Berbeza Bakal Dihadapi Skuad Futsal Kebangsaan
On September 24, 2015 by Wak FaizalSeperti yang kita tahu skuad “Tigirls” bakal menghadapi laluan sukar di pusingan separuh akhir esok yang akan berlangsung pada jam 7.00 malam dimana mereka akan menentang Juara kumpulan B iaitu pasukan Jepun yang merupakan pasukan pilihan untuk kejohanan AFC ini.
Jika dilihat prestasi skuad “Tigirls” di perlawanan peringkat kumpulan tempoh hari, dengan dua kemenangan dan satu kekalahan diperoleh mereka skuad kendalian coach Chiew Chun Yong ini mampu memberikan tentangan kepada pasukan lawan. Walaupun pada awalnya tiada harapan dilihat pada skuad ini apabila tewas dua perlawanan persahabatan sebelum kejohanan bermula namun mereka berjaya bangkit di Kejohanan ini.
Kerjasama dan kegigihan pasukan “Tigirls” ini telah membuka mata ramai peminat futsal tatkala sebelum ini tumpuan hanya diletakkan pada skuad lelaki namun pemegang pingat gangsa sukan sea 2013 ini telah membawa nafas baru baru sukan futsal kategori wanita.
Lain pula cerita di kem skuad Futsal Lelaki Kebangsaan apabila mereka bakal menghadapi beberapa perlawanan persahabatan sepanjang minggu ini. Ia adalah persiapan untuk menghadapi kejohanan AFF 2015 yang bakal berlangsung bulan hadapan di Bangkok Thailand.
Hari demi hari kita dapat lihat skuad kendalian Marcelo Serpa ini semakin matang, mantap dengan corak permainan yang digarapkan dan keserasian para pemain yang dipilih semakin utuh. Ia dapat dilihat ketika siri perlawanan persahabatan di negara matahari terbit baru baru ini.
Walaupun tewas 4 perlawanan dan seri 1 perlawanan namun jika dilihat melalui jaringan gol kesemua hanya tewas tipis sahaja. Tetapi menang atau tewas bukan lah satu keputusan yang patut kita cerita kan, pengalaman bermain dengan pasukan di sana patut diambil oleh para pemain.
Kemenangan skuad Kebangsaan lelaki ini ke atas pasukan Arab Saudi tempoh hari dengan jaringan 8-4 telah membuktikan mereka bersedia untuk menghadapi kejohanan AFF bulan depan. Corak pemain menarik dapat dilihat pada perlawanan tersebut dan kesungguhan para pemain sangat tinggi.
Mereka akan menentang pasukan Arab Saudi sekali lagi esok hari pada jam 8.00 malam sebelum menentang pasukan UAE pada hari Ahad dan perlawanan terakhir menentang pasukan Lebanon pada hari Isnin.
Jika dilihat di atas kertas pasukan kebangsaan tidak menghadapi kesukaran untuk menentang pasukan Arab Saudi dan UAE namun menentang pasukan Lebanon mungkin menghadapi sedikit kesukaran dimana mereka berada di ranking 48 dunia manakala Malaysia berada di ranking 64 dunia.
Semoga berjaya buat kedua dua pasukan ini. Ayuh peminat sukan futsal hadirkan diri anda ke Stadium dan teruskan menyokong pasukan Futsal Kebangsaan. Sokongan anda amat diperlukan oleh mereka.
Kejohanan Futsal Wanita AFC
Pusingan Separuh Akhir
Jepun vs Malaysia
7.00 Malam | 25 September 2015
Stadium Tertutup Nilai, Negeri Sembilan
Siri Perlawanan Persahabatan skuad Futsal Kebangsaan Lelaki
Malaysia vs Arab Saudi
8.00 Malam | 25 September 2015
Malaysia vs UAE
8.00 Malam | 27 September 2015
Malaysia vs Lebanon
4.00 Petang | 28 September 2015
*kesemua perlawanan berlangsung di Kompleks Sukan Negara Panasonic Matsushita, Shah Alam
You may also like
Kalendar Liga Amatur
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.