Kerjasama Kelab Korea Selatan & Malaysia untuk Program ‘Futsal In Asia’

2 kelab dari Korea Selatan telah memilih untuk melakukan siri perlawanan persahabatan antarabangsa di Malaysia bermula semalam sehingga 20 Mei ini. Mereka turun dengan nama FK Team Futsal, dimana pasukan A gabungan Goyang Bull FC & Seoul Eunpyeong FC sementara pasukan b diwakili Hwaseong FS. Pemain dan pasukan-pasukan ini beraksi di Liga Futsal Korea.

Kehadiran mereka ke sini selain melakukan perlawanan persahabatan, mereka turun untuk memberi sokongan kepada pasukan futsal kebangsaan Korea Selatan yang kini turut berada di Malaysia bagi kelayakan AFC Futsal 2023 East Zone.

Ini merupakan kali kedua program yang dikenali dengan nama Futsal in Asia dilakukan. Dengan matlamat untuk melakukan kerjasama futsal antara negara-negara terutama di Asia. Sebelum ini mereka pernah menjemput pasukan Cambio Cumbre dari Australia untuk ke Korea Selatan dan kali ini untuk kali kedua mereka bekerjasama dengan pasukan Kuala Lumpur City.

Kami melihat kerjasama ini juga baik untuk program jangka panjang untuk membuka peluang bukan buat pasukan dari Malaysia mahupun pemain serta jurulatih untuk mendapatkan pengalaman baru di Korea Selatan nanti.

Kesemua perlawanan persahabatan akan berlangsung di KL City Arena dan secara keseluruhan ada 6 perlawanan persahabatan. Kelab Korea Selatan ini akan bertemu pasukan di MPFL iaitu, PDRM, Penang, Shah Alam City MBSA dan juga KL City Selection.

2 thoughts on “Kerjasama Kelab Korea Selatan & Malaysia untuk Program ‘Futsal In Asia’

  1. Thank you for your sharing. I am worried that I lack creative ideas. It is your article that makes me full of hope. Thank you. But, I have a question, can you help me?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back To Top