Tular di platfom Instagram video pergaduhan ketika perlawanan futsal yang melibatkan pasukan yang bermain dengan fans. Tidak dapat dipastikan dimana kejadian terjadi. Tetapi besar kemungkinan ianya berlaku di negara sebelah, Indonesia. Video yang berdurasi 25 saat cukup mendebarkan.
Seorang penonton dilihat mengeluarkan senjata tajam yang menyerupai sebilah pisau dan cuba menikam pemain lawan. Diharapkan kejadian seperti ini tidak berlaku di arena kita. Bermainlah dengan penuh sifat semangat kesukanan bukan menjadikan lapangan futsal tempat pertumpahan darah.