
Tamat liga dan Vietnam meneruskan persediaan pasukan kebangsaan.
On December 5, 2020 by Wak GoleiroTamat saja liga futsal Vietnam pada 26 November lepas ketua jurulatih futsal Vietnam Pham Minh Giang tak tunggu lama dengan memanggil 21 pemain untuk sertai kem latihan pusat.
Kem latihan pertama ini bermula pada 30 November sehingga 20 Disember depan adalah bagi persediaan mereka ke Kejohanan Futsal AFC yang ditunda ke bulan Mac tahun depan.
Daripada 21 pemain yang dipanggil 12 daripadanya adalah pemain pasukan juara liga mereka tahun ini, Thái Sơn Nam. Seperti biasa pemain daripada pasukan ini merupakan yang paling banyak bermain dengan pasukan futsal Vietnam setiap tahun.
Barisan pemain yang dipanggil:
Hồ Văn Ý – Thái Sơn Nam.
Nguyễn Hoàng Anh – Sanvinest Sanatech KH.
Phạm Văn Tú – Thái Sơn Bắc.
Đoàn Minh Quang – Sahako FC.
Trần Văn Vũ – Thái Sơn Nam.
Phạm Đức Ho – Thái Sơn Nam.
Nguyễn Mạnh Dũng – Thái Sơn Nam.
Nhan Gia Hưng – Thái Sơn Nam.
Châu Đoàn Phát – Thái Sơn Nam.
Nguyễn Anh Duy – Thái Sơn Nam.
Trần Thái Huy – Thái Sơn Nam.
Lê Quốc Nam – Thái Sơn Nam.
Nguyễn Thịnh Phát – Thái Sơn Nam.
Nguyễn Minh Trí – Thái Sơn Nam.
Đặng Anh Tài – Thái Sơn Nam.
Khổng Đình Hùng – Sanvinest Sanatech KH.
Nguyễn Văn Hiếu – Đà Nẵng FC.
Huỳnh Mi Woen – Cao Bằng FC.
Vũ Đức Tùng – Thái Sơn Bắc.
Nguyễn Thành Tín – Thái Sơn Bắc.
Từ Minh Quang – Thái Sơn Bắc.
Ini merupakan latihan pusat kedua tahun ini untuk Vietnam selepas Pham Minh Giang membawa anak-anak buahnya berlatih di Sepanyol selama 10 hari pada bulan Februari lepas. Selepas itu latihan dan persediaan mereka terpaksa dihentikan kerana semua aktiviti sukan terhenti akibat Covid-19.
Di Sepanyol mereka mengadakan 3 perlawanan persahabatan dan meraih satu kemenangan daripada perlawanan ini. Tewas 1-3 dengan UMA Antequera dan tewas 1-2 dengan Real Betis serta menang 6-2 dengan pasukan Malaga.
Untuk Kejohanan AFC Futsal Mac depan Vietnam diundi dalam kumpulan A bersama Turkmenistan, Tajikistan dan Oman. Selain Vietnam, wakil daripada ASEAN adalah pasukan Thailand dan Vietnam.
Kejohanan bakal menjadi ujian pertama untuk Pham Minh Giang yang mengambil tugas jurulatih futsal Vietnam daripada Miguel Rodrigo tahun lepas. Dia perlu memilih 14 pemain terbaik untuk membantu meraih misi 5 pasukan terbaik Asia bagi mendapatkan slot ke Piala Dunia.
You may also like
Kalendar Liga Amatur
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.