
Impian Membina Stadium Futsal Myanmar 11 Tahun Lepas Bakal Menjadi Kenyataan. 70% sudah siap!
On December 5, 2020 by Wak GoleiroStadium Futsal Indoor Myanmar dijangka akan dibuka pada suku pertama tahun depan selepas proses pembinaan stadium bertaraf antarabangsa ini sudah memasuki 70%.
Stadium baru ini berada di perkarangan Stadium Thuwunna, stadium kebangsaan mereka dan bakal memuatkan seramai 2,000 ke 2,800 kapasiti penonton.Pembinaan stadium yang bernilai 4 juta USD ini turut mendapat sokongan dana daripada FIFA telah bermula pada Februari tahun ini tapi terpaksa ditangguhkan buat seketika berikutan wabak COVID-19 dan mereka telahpun kembali memulakan semula proses pembinaan stadium ini.
Menurut Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Myanmar, Ko Ko Thein, sebenarnya idea dan impian untuk membina Stadium Futsal ini adalah pada 11 tahun lepas tetapi persatuan perlu fokus kepada perkara lain terlebih dahulu.
“Di Myanmar sebenarnya banyak pemain futsal dan ada lebih daripada 100 pasukan futsal. Malah di peringkat Asia Tenggara, pasukan futsal Myanmar berjaya meraih kedudukan yang baik.”
“Walaupun kami menganjurkan liga setiap tahun, tapi kami belum lagi ada Stadium Futsal. Kami hanya menyewa Stadium Indoor Thuwuna daripada kerajaan tapi stadium ini sentiasa penuh dengan aktiviti-aktiviti lain. Susah untuk melakukan aktiviti futsal di sini.”
“Dengan adanya stadium ini, kami dapat lakukan liga di sini. Selain itu, stadium ini juga bakal digunakan sebagai pusat latihan pasukan kebangsaan. Malah kami juga mensasarkan untuk menganjurkan kejohanan futsal antarabangsan di sini.”
Kalau lihat di Kejohanan Futsal AFF tahun lepas Myanmar menamatkan saingan di tempat ke-4 dan pencapaian terbaik mereka di edisi 2016 meraih tempat kedua. Nampak mereka sudah semakin serius dalam pembangunan futsal ini.
Myanmar yang berada di ranking 88 dunia dan ke-6 ASEAN ini tidak mustahil akan menjadi kuasa besar satu hari nanti jika mereka betul-betul serius. Difahamkan juga mereka juga telah melantik Victor Hermans selaku ketua jurulatih baru. Jurulatih yang bukan asing lagi di ASEAN.
You may also like
Kalendar Liga Amatur
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.