Misi Alif Bersama UiTM Selesai

UiTM tidak asing lagi di Liga Futsal IPT. Tahun ini, AFM mendapatkan pemain Alif Syazril Bin Shipulizan bagi mendapatkan info terkini mengenainya dalam pasukan tersebut.

Alif Syazril atau selesa disapa Alif bercerita panjang mengenai pasukannya. Menurutnya, dia dan pasukan menghadapi banyak dugaan pada tahun ini. Ianya termasuklah dari segi latihan, komitmen pemain, kecederaan dan sebagainya.

โ€œAlhamdulillah, dengan contributionย semua pemain sepanjang liga dan bimbingan Coach Angah kami berjaya capai KPI iaitu menjuarai liga tahun iniโ€, kongsinya.

Ini merupakan tahun terakhir Alif bersama pasukan UiTM setelah 4 tahun bertungkus-lumus menghabiskan pelajaran di bidang Kejuruteraan Mekanikal.

โ€œApa yang saya tidak akan lupa ialah attitudeย pasukan UiTM yang sentiasa ceria dan bersatu. Boleh dikatakan 3 tahun saya dengan UiTM, kami berjenaka sepanjang masaโ€, kongsi pemain yang berjaya menjaringkan 7 gol di Liga Super IPT tahun ini.

Bertanyakan tentang dirinya bersama pasukan PST. Alif berkata, โ€œSumalindo baru-baru ini, saya dipanggil dalam skuad PST. Tetapi, saya tak rasa akan kekal lama dalam PST kerana saya telah tamat belajarโ€.

Menurut Alif, dia dan pasukan turut berhasrat untuk beraksi di LFK pada tahun hadapan. Namun, Alif turut mengesahkan bahawa dia tidak terikat dengan mana-mana pasukan lagi dalam LFK di tahun hadapan.

โ€œPerancangan untuk sertai kelayakan LFK dengan pasukan mana tu pun tak ketahui lagiโ€, komennya.

 

Instagram: alifsyazril

One thought on “Misi Alif Bersama UiTM Selesai

Comments are closed.