KLCC Beri Petanda Bruno Petry Bakal Sertai MPFL
On June 23, 2024 by Al-Zaim ArzamanApabila jendela pendaftaran pemain yang bermula pada 8 Jun dan akan berakhir pada 7 Julai depan bertepatan dengan jadual berakhirnya liga-liga utama dunia, kita mungkin boleh melihat kemasukkan pemain-pemain yang berkualiti ke Liga Premier Futsal Malaysia (MPFL).
Selepas pemain skuad kebangsaan Brazil, Bruno Taffy dikhabarkan sedang menuju ke Malaysia, kini seorang lagi pemain turut dikaitkan.
Seakan-akan mengesahkan khabar angin dari portal futsal dari Itali, Futsal Now, pemain skuad kebangsaan Georgia, Bruno Petry dilihat bergambar berhadapan dengan KLCC dalam muat naik status terkini di laman Instagram peribadinya, kira-kira dua minggu lalu.
Menurut Futsal Now dalam sebuah laporan pada awal Mei lalu, bekas pemain Pirossigeno Cosenza di Serie A, Itali itu bakal berhijrah ke Malaysia untuk menyertai Selangor. Namun, setakat ini masih belum ada pengumuman rasmi sejak jendela pendaftaran dibuka, 8 Jun lalu.
Dengan perkongsian itu, semua kini tertumpu dalam menanti pengesahan penyertaan pemain yang beraksi di Futsal Euro 2022 itu.
Meledak dua gol di pentas tertinggi Eropah itu, beliau sempat membawa Georgia mara ke suku akhir, sebelum ditundukkan finalis edisi tersebut, Rusia. Berusia 35 tahun dan mencetak 11 gol, beliau telah umumkan persaraan antarabangsanya selepas kejohanan tersebut.
Sementara kariernya untuk kelab pula, beliau pernah beraksi bersama beberapa kelab di liga utama Sepanyol antaranya Ribera Navarra, Jaen Paraiso Interior serta beberapa kelab dari liga utama Brazil seperti Copagril dan Atlantico, sebelum memilih berhijrah ke Itali.
Adakah benar khabar penyertaannya ke Selangor? Ada apa dengan perkongsian gambarnya di depan KLCC, kira-kira dua minggu lalu?
You may also like
Kalendar Liga Amatur
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.