Kelantan United Umum Skuad Musim 2021. 90% peratus pemain baru!
On December 27, 2020 by Wak PivotKelantan United telah mengumumkan senarai nama rasmi 21 pemain yang akan membawa cabaran pasukan ini di kancah Liga Premier musim depan termasuk 2 pemain import.
Rata-rata hampir 90% peratus pemain baru yang bakal bersama pasukan ini hanya beberapa pemain saja musim ini yang kekal antaranya, pemain import mereka Gassama Alfusainey, Fakhrul Zaman, Fazrul Amir serta Shahrul Hakim.
Antara pemain baru yang mencuri tumpuan semestinya kembalinya pemain otai Kelantan, Badhri Radzi yang dipanggil semula untuk memperkuatkan barisan tengah pasukan ini musim depan selepas kali terakhir beraksi pada musim 2019.
Pemain lain kebanyakkan hadir daripada pasukan Kelantan malah mereka juga berjaya mendapatkan pertahanan berpengalaman Fitri Omar daripada pasukan Liga Super, Petaling Jaya City FC.
Seperti semua sedia maklum pasukan ini bakal dibimbing oleh jurulatih muda dari Jepun, Akira Hagashiyama yang turut membawa masuk seorang lagi pemain import, Yuki Tanigawa.
Difahamkan baki kuota pemain import akan diisi dalam masa terdekat kerana pihak pengurusan masih dalam perbincangan bersama beberapa calon.
Kelantan United yang menamatkan saingan musim ini di tempat ke-8 mempunyai sasaran baru dan berhasrat untuk menjadi pencabar utama musim depan sekaligus mahu mendapatkan tiket ke Liga Super 2022.
Senarai nama pemain Kelantan United 2021:
Penjaga Gol
Ramadhan Ab Hamid (Penang)
Fikri Che Soh (Kelantan)
Nasharuden Hashim (tidak pasti)
Pertahanan
Hariz Kamarudin (JDT II)
Hamad Umeir (tidak pasti)
Hakim Ismail (tidak pasti)
Ahmad Syahmi (PDRM)
Fitri Omar (PJ City)
Wan Mohammed Afiq (Kelantan)
Imran Samso (Kelantan)
Tengah
Amirul Shafik (Kelantan)
Fazrul Amir (Kelantan United)
Khairul Rizam (Kelantan)
Juzaerul Jazmi (Kelantan)
Shahrul Hakim (Kelantan United)
Yuki Tanigawa – Jepun (Kuching City)
Gassama Alfusainey – Gambia (Kelantan United)
Badhri Radzi (Kelantan United 2019)
Azriddin Rosli (UiTM FC 2019)
Penyerang
Asraff Aliffuddin (Selangor II)
Fakhrul Zaman (Kelantan United)
You may also like
Kalendar Liga Amatur
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.