
Kejohanan Futsal Wanita AFC 2015
On July 21, 2015 by Wak FaizalUndian bagi Kejohanan Futsal Wanita AFC 2015 yang berlangsung menyaksikan Malaysia diletakkan di kumpulan A bersama-sama Iran, Uzbekistan dan Hong Kong.
Iran yang merupakan naib juara Kejohanan Sukan Dalam Dewan 2013 dilihat sebagai pencabar terkuat dalam saingan yang julung kali diadakan. Kejohanan yang disertai oleh 8 negara ini dijadualkan berlangsung di Stadium Tertutup Nilai, Negeri Sembilan.
Jurulatih skuad negara, Chiew Chun Yong menyatakan undian tersebut adalah satu satu undian yang seimbang. Walaupun dengan persiapan yang terhad bagi menghadapi kejohanan ini berserta tiada perlawanan persahabatan antarabangsa, beliau tidak mahu semua itu menjadi alasan untuk pemain negara tidak mempamerkan aksi terbaik mereka dan beliau meletakkan sasaran untuk layak ke pusingan kalah mati.
Tambahnya lagi, semua pemain perlu memberikan saingan yang berkualiti pada aksi di peringkat kumpulan dan beliau sendiri yakin bahawa anak buahnya mempunyai watak srikandi negara yang takkan menyerah dengan mudah demi mencurahkan sepenuh tenaga bagi mencapai sasarannya itu.
Mengulas mengenai persiapan pasukan, beliau tanpa berselindung menegaskan bahawa latihan berterusan akan dilakukan bagi menghadapi Uzbekistan pada 21 September, berikutnya menentang Hong Kong hari dan Iran pada perlawanan terakhir peringkat kumpulan. Berdasarkan rekod terdahulu, kami tidak pernah menewaskan Uzbekistan dan Hong Kong. Ini menguatkan lagi azam kami untuk menjelmakan keputusan yang positif pada peringkat kumpulan, ujar beliau lagi.
Beliau juga teruja pada saingan kali ini dan menganggap ini adalah antara cabaran yang hebat sepanjang karier kejurulatihannya. Hal ini dibuktikan apabila dengan kekangan persiapan yang terhad dan terpaksa menentang dengan pasukan yang lebih bersedia bagi menghadapi kejohanan ini. Beliau juga tidak mahu hanya bergantung kepada nasib semata-mata, namun sebaliknya mahu membuktikan bahawa dengan strategi latihan dan sekumpulan pemain yang berkualiti mampu menjelmakan kejayaan buat skuad negara, ulas beliau menamatkan sesi temubual.
Jurulatih, Chiew Chun Yong dan pembantunya Jamhuri Zainuddin sudah pasti mempunyai strategi tersendiri bagi menghadapi kejohanan ini walaupun dengan apa jua masalah dan kekangan yang dihadapi bagi merencana kejayaan buat skuad futsal wanita.
Semoga berjaya dan kami di Arena Futsal Malaysia mengharapkan para pemain dapat terus mengharumkan nama negara dalam arena futsal bagi kesinambungan kepada skuad lelaki yang kian membuka mata banyak pihak. Selamat berjuang diucapkan.
You may also like
Kalendar Liga Amatur
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.