
Tumpat lokasi pusat latihan baru The Red Warriors
On November 19, 2020 by WanShaBaru-baru ini laporan Utusan Malaysia mengatakan bahawa pasukan Kelantan FC telah ditawarkan tanah seluas 12 hektar daripada kerajaan negeri untuk pemilik pasukan Norizam Tukiman merelisasikan impiannya untuk membina pusat latihan buat The Red Warriors.

Seperti yang semua maklum pembinaan pusat latihan ini adalah langkah pertama yang pernah dikongsi kepada media oleh pemilik pasukan dimana, Norizam mahu mewujudkan pusat latihan yang serba lengkap dengan segala fasiliti. Pusat latihan bertaraf antarabangsa ini dijangka menelan kos RM 5 ke RM 10 juta dan ia akan dibuat secara berperingkat.
Melihat kepada impian inii, kerajan negeri menerusi Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan & Badan Bukan Kerajaan (NGO), Wan Roslan Wan Hamat menyambut baik tentang hasrat pemilik Kelantan FC ini seperti dipetik daripada laporan Utusan Malaysia.
“Kita sambut baik kesungguhan tinggi yang ditunjukkan oleh beliau dalam usaha mengangkat lagi nama pasukan Kelantan FC dalam saingan Liga Malaysia.”tambahnya,
“Kita akan dengar perbentangan dari pihak Kelantan FC yang diketuai oleh Norizam kepada pihak Majlis Daerah Tumpat (MDT).”
Kalau tidak silap kami buat masa kini pasukan Kelantan FC tiada pusat latihan sendiri. Mereka berlatih di Padang Mardi di Pasir Tumboh & ada kalanya bertukar-tukar lokasi seperti di Padang IKBN Bachok.
Lokasi yang dicadangkan iaitu di Taman Seri Bayu, Tumpat hanya mengambil masa lebih kurang 30-40 minit daripada Stadium Sultan Muhammad IV.
Jika impian ini menjadi kenyataan, ia dapat membantu para pemain dalam usaha untuk kembalikan zaman kegemilangan mereka. Kemudahan yang lengkap salah satu faktor kepada persediaan pasukan yang lebih baik untuk setiap perlawanan. Semoga berjaya Kelantan FC!
You may also like
Kalendar Liga Amatur
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.