
TFC Nak Borong Pemain Muda, Jimat Kos Kelab
On November 18, 2020 by WanSha
Pencapaian yang membanggakan bagi skuad penyu apabila berjaya mendapatkan slot ke Kejohanan AFC 2021. Ianya merupakan kali ke-2 pasukan Terengganu FC (TFC) beraksi di pentas Asia setelah kali terakhir berjaya beraksi di kejohanan itu pada tahun 2012 di bawah kendalian jurulatih Irfan Bakti Abu Salim.
Kali ini, terlalu banyak khabar angin tentang pemindahan pemain di Liga Malaysia. Tak terkecuali juga bagi pasukan ini. TFC dikatakan membuat rombakan pemain import secara menyeluruh kerana dikatakan ingin mengurangkan kos kelab di musim hadapan.

Namun yang sudah pasti penggempur utama TFC, Dominique da Sylva dan pemain tengah, Faris Ramli telah mengumumkan tidak akan bersama pasukan itu lagi.
Manakala, pemain pertahanan Babacar Diallo dikatakan tiada dalam perancangan TFC musim hadapan. Berbeza dengan Sanjar Shaakhmedov, dikatakan menolak tawaran daripada TFC kerana telah mendapat tawaran daripada pasukan luar.
Tapi, ada juga yang kata TFC terpaksa melepaskan Sanjar kerana perlu bayar gaji yang tinggi. Rasanya ia memadai dengan prestasi dan corak permainan yang dipamerkan oleh Sanjar sepanjang bersama TFC. Walau bagaimanapun, TFC layak dipuji kerana membuat keputusan yang tepat seperti mengukur baju di badan sendiri.
Satu komen daripada penyokong TFC di facebook :
“Pemain import main tarik tali soal gaji. Bajet tak banyak, Nafuzi terpaksa susun atur semula pasukan. Kalau tidak, takkan la Nafuzi pilih pemain dari UiTM FC dan UKM FC untuk main peringat Asia. Hasil kutipan tiket takda, agak-agak mampu ke TFC bertahan kalau gaji pemain mahal. Bagi tahun 2021, takda tunggakan gaji pemain dah kira bagus”.
Watak utama dalam pasukan, Lee Andrew Tuck pada awalnya desas desus mengatakan akan meninggalkan TFC kerana ingin berhijrah ke pasukan lain. Tetapi, setelah itu ia menyatakan hasratnya masih ingin bersama TFC. Jadi, apa pengakhiran keputusan Lee Tuck di TFC? Korang nak dia stay or leave?

Dari sudut lain, apakah rombakan ini mampu perkuatkan jentera skuad penyu di pentas Asia nanti? Cukup ke masa nak dapatkan keserasian antara pemain baru? Ia mungkin bergantung sepenuhnya kepada pemain dan jurulatih TFC, Mohd Nafuzi Mohd Zain.
You may also like
Kalendar Liga Amatur
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.