Keputusan MKN untuk menangguhkan TM Piala Malaysia 2020!
On November 9, 2020 by Wak Foto“Saya minta maaf kepada peminat bola sepak” itu ayat pertama yang diucapkan Menteri Kanan Pertahanan, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob ke atas soalan wartawan tentang penganjuran kejohanan bola sepak di sidang media sebentar tadi.
Menurut beliau, Kementerian Kesihatan merasakan pertandingan bola sepak ini bahaya kerana sentuhan yang berlaku di atas padang dengan faktor pemain yang berpeluh.
Dalam masa sama atas faktor kawalan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di beberapa negeri kecuali Pahang, Kelantan & Perlis mesyuarat telah membuat keputusan untuk baki perlawanan TM Piala Malaysia 2020 ditangguhkan kepada satu tarikh yang lain.
Keputusan ini sebenarnya sudah dijangka tapi kita kena tunggu apa respon & langkah yang akan diambil oleh penganjur kejohanan Malaysian Football League nanti.
Begitu juga dengan pasukan yang bertanding. Sekiranya ditangguhkan mereka terpaksa mencari dana tambahan untuk membayar gaji bulan yang mendatang sekiranya pemain sudah habis kontrak.
You may also like
Kalendar Liga Amatur
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.