Bengkel Pembangunan Kejurulatihan Futsal Bintulu FA, Sarawak
On September 23, 2019 by Wak PivotBerakhirnya program Bengkel Pembangunan Kejurulatihan Futsal yang julung kalinya diadakan selama 2 hari bertempat di Kelab Kidurong Bintulu pada 21-22 September 2019. Program ini dianjurkan oleh jawatankuasa Futsal & Bolasepak Pantai, Persatuan Bolasepak Bahagian Bintulu.
Bengkel tersebut dihadiri oleh 18 peserta dari seluruh Negeri Sarawak dan juga 2 orang wakil peserta dari Negara Brunei Darussalam. Bengkel tersebut dikendalikan oleh Bekas Jurulatih Futsal Wanita Kebangsaan juga Bekas Kapten pasukan futsal lelaki kebangaan Coach Addie Azwan Bin Zainal dan beliau dibantu oleh Coach Alistair Edmund.
Naib Pengerusi Jawatankuasa Futsal Dan Bolasepak Pantai BiFA selaku penyelaras program En Mohamad Fadzillah B Ismail menyatakan Bengkel ini betujuan untuk mendedahkan jurulatih kepada sistem latihan dan sistem permainan yang lebih efisen dan kepelbagaian pilihan sistem permainan dan latihan.
Selain itu juga memperlengkapkan para jurulatih tentang ilmu pengetahuan dan menguasai kemahiran kejurulatihan permainan sukan futsal. Beliau juga ada menyebut mengenai klinik kejurulatihan penjaga gol, klinik pembangunan futsal di sekolah-sekolah dan juga bengkel kejurulatihan futsal siri 2 juga turut dirangka selepas ini.
Dalam majlis penutupan yang dihadiri sendiri oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Bahagian Bintulu, saudara Mohd Zulfadillah Bin Junaidi ada menyatakan bahawa sukan permainan futsal semakin berkembang dengan pesat khasnya di Bahgian Bintulu..ini dibuktikan dengan beberapa pencapaian pasukan-pasukan futsal dari Bintulu muncul juara untuk bberapa kejohanan futsal yang besar. Oleh itu bengkel kejurulatihan ini diadakan sememangnya tepat pada waktunya bagi melahirkan lebih ramai pemain terutama dari bahagian Bintulu.
You may also like
Kalendar Liga Amatur
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.